awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Aafiyah bakal dapat adik? Siti Nurhaliza jalani rawatan IVF selepas Aidilfitri

Gempak
Gempak
27/02/2020
00:00 MYT
Siti Aafiyah bakal dapat adik? Siti Nurhaliza jalani rawatan IVF selepas Aidilfitri
Siti Nurhaliza mendedahkan bakal memulakan sesi rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan Mei ini.
PENYANYI nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bakal memulakan sesi rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan Mei ini.
Jelas Siti, pembedahan minor yang dijalani selepas persembahan di pentas AJL beberapa minggu lalu adalah persiapan awal untuk rawatan terbabit.
"Saya dalam tempoh yang hampir pulih dah, pembedahan sebelum ini hanyalah pembedahan kecil sahaja.
"Doktor pun menasihati saya untuk bersenam dan menjalani rutin seperti biasa sebelum memulakan rawatan IVF.
"Insya-Allah jika tiada halangan saya akan memulakan rawatan itu selepas raya (Aidilfitri)," katanya kepada Gempak pada majlis pelancaran satu produk makanan tambahan di EQ Plaza, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sebelum ini, Siti memberitahu niatnya untuk menimang cahaya mata lelaki pada tahun ini menerusi rawatan IVF.
Malah, pelantun lagu Terang itu bakal berehat panjang bagi memenuhi tuntutan proses berkenaan.
Pada 2015 Siti pernah mengalami keguguran dan kemudiannya berkongsi khabar gembira tentang kehamilannya dua tahun kemudian.
Hasil perkongsian hidup bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah yang berusia 2 tahun.
Topic Berkaitan
#Hari Raya Aidilfitri
#in-vitro
#IVF
#Khalid Mohamad Jiwa
#Siti Aafiyah
#Siti Nurhaliza
#timang anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan