“Suasana sepi tika kita berada di kemuncak,” ujar bintang Hip Hop tersohor Malaysia, Joe Flizzow saat menjelaskan maksud di balik karya terbaharunya Sunyi.
"Seperti judulnya, Sunyi yang juga boleh membawa maksud kesepian atau sendiri menjelaskan rasa kesunyian yang dihadapi oleh ramai orang. Saya percaya ramai orang mampu merasai lagu ini, khasnya para selebriti.
"Ramai yang menyangka bahawa kemasyhuran dan populariti merupakan tujuan utama para selebriti, tetapi ramai juga yang lupa bahawa kadangkala mereka juga berasa kesunyian.
"Apatah lagi tika berada di puncak kerjaya. Malah sunyi juga menggambarkan kesepian. Definisi-definisi inilah yang memberi makna kepada lagu ini," jelas Joe yang juga dikenali sebagai ‘Mr President’ dalam arena Hip Hop tempatan.
Dicipta dan disusun oleh rakan wira kegemarannya, SonaOne, dengan lirik nukilan Joe Flizzow sendiri, lagu ini turut menyaksikan pembabitan Magic Potions serta SonaOne sebagai penerbit bersama.
Idea dari New York!
Idea karya ini sebenarnya muncul semasa salah satu lawatan Joe ke bandar raya New York.
"Waktu itu, ilham datang kala saya menginap di Times Square di pusat kota New York. Biasanya kalau ke New York saya tidak akan tinggal di Times Square. Ia adalah salah satu tempat paling sibuk di dunia.
"Namun, di balik kesibukan kota itu, saya tiba-tiba merasa paling sepi dan sunyi dalam hidup saya. Dengan berjauhan dari tempat asal, detik itu benar-benar mencetuskan ilham yang membawa kepada penciptaan lagu ini," kata Joe.
Selepas menulis lagu ini, Joe telah berkongsi karya ini dengan rakan-rakan seperjuangannya ALYPH serta SonaOne dengan harapan ingin mereka yang merakamkan lagu tersebut.
"Saya dah berfikir bahawa lagu ini sesuai untuk mereka rakam dan lancarkan. Tapi selepas mereka mendengarnya, kata mereka lebih baik saya yang nyanyikannya.
"Lagipun, dah lama saya tak merakam dan menyanyikan lagu sendiri. Oleh kerana lagu ini agak peribadi buat saya, jadi saya teruskan idea untuk merakamkannya seperti yang mereka cadangkan," sambung Joe lagi.
Sebahagian besar lagu ini menyaksikan Joe lebih banyak menyanyi berbanding mengalunkan rap seperti kebiasaan bintang hip hop itu sebelum ini.
MV kerjaya anak seni
Sunyi juga hadir dengan sebuah video muzik menarik yang menggambarkan perjalanan kerjaya Joe sebagai anak seni.
"Anda akan dapat menyaksikan beberapa rakaman lama yang saya temui dari 15 tahun lalu saat bersama dengan rakan-rakan dari seluruh dunia. Lewat video ini saya juga ingin menunjukkan rasa syukur kerana berjaya merealisasikan impian saya dari 15 tahun sebelumnya,” jelas Joe.
Menurut Joe juga, cabaran untuk meletakkan nama Malaysia di persada dunia Hip Hop global bukanlah mudah. Banyak liku-liku yang perlu dihadapi.
"Pelbagai pengorbanan terpaksa dilakukan. Mereka (komuniti Hip Hop) kehilangan ramai orang, termasuk arwah ayah saya sendiri Allahyarham Ishak Nengah. Jadi ini merupakan satu dedikasi buat beliau juga.
"Saya harap lagu ini mampu mengingatkan semua orang bahawa anda tidak sendirian, dan tiada salahnya jika kadang kita tidak OK. Kita berhak untuk berasa sedih dalam menghadapi liku-liku hidup dan semoga lagu ini mampu menjadi teman saat kesunyian. Ingatlah bahawa, akan sentiasa ada sinar di hujung kegelapan, Insya-Allah," bingkas Joe mengakhiri bicara.
Sunyi boleh distrim di semua wadah digital seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 14 April 2023 sementara video muziknya boleh ditonton di laman YouTube Joe Flizzow pada hari yang sama. - Gempak
Gempak
Thu May 04 2023
Menurut Joe juga, cabaran untuk meletakkan nama Malaysia di persada dunia Hip Hop global bukanlah mudah. Banyak liku-liku yang perlu dihadapi. - Gambar Gempak
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video
Apabila butang Ask ditekan, beberapa dialog diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini.
YouTube pihak ketiga halang iklan tidak lagi boleh strim video
Jika video cuba distrim, notifikasi "kandungan berikut tidak tersedia pada aplikasi ini" akan dipaparkan pada skrin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
YouTube uji penggunaan AI untuk elak anda bosan, lompat ke bahagian menarik
Ia akan mengambil kira corak tontonan seseorang dan seterusnya melalui integrasi AI membawanya ke bahagian yang dia akan suka tonton.
Bukan 'podcast' sembang kosong, Amelia mahu didik audiens
Walaupun berasaskan hiburan, matlamat asal program itu adalah untuk berkongsi dan mendidik audiens tentang realiti yang dihadapi anak seni.
Aplikasi YouTube Kids untuk televisyen akan tamat pada Julai 2024
Sebagai ganti, Google meminta pengguna menggunakan aplikasi utama YouTube pada televisyen.
Kanak-kanak jalanan: Mereka juga punya impian
Mereka mempunyai impian seperti kanak-kanak lain untuk menikmati kehidupan selesa serta berjaya.
Google ubah fikiran, aplikasi YouTube akan tiba ke Vision Pro
APPLE Vision Pro adalah set kepala pengkomputeran spatial yang menggunakan teknologi realiti gabungan.
Mahu kembali jadi lelaki, Lucinta Luna dakwa punya kualiti alat sulit terbaik
Selebriti sensasi Indonesia, Lucinta Luna mengaku ingin kembali kepada fitrah menjadi lelaki semula.
YouTube dianggar mempunyai 13.3 bilion video
Penyelidik menyedari terdapat 11 angka di belakang URL setiap video YouTube yang memberikan 18.4 quintilion kombinasi URL yang boleh digunakan.