ALUNAN muzik Getaran Jiwa dendangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang begitu lembut mampu menambat hati dan membuatkan pendengar terbuai-buai, seperti sedang di alam mimpi.
Lagu Getaran Jiwa yang digubah dan dirakam oleh P. Ramlee, lirik oleh S. Sudarmaji, dinyanyikan Seniman Agung itu, ketika melakonkan watak Ghazali, kepada Tengku Zaleha (Saadiah), dalam filem Antara Dua Darjat yang ditayangkan pada 1960.
Lagu ini pernah dinyanyikan semula Datuk Sheila Majid dan kumpulan muzik KRU.
Malah, ia juga pernah dialih bahasa kepada bahasa Inggeris oleh penyanyi Roland Kent Lavoie (Lobo) melalui lagu Whispers In The Wind pada 1970-an.
Baru-baru ini 149 buah lagu yang telah digubah dan dinyanyikan oleh P Ramlee diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohammadin Ketapi.
Antara lagu Allahyarham yang menerima pengiktirafan tersebut adalah Getaran Jiwa, Tunggu Sekejap, Bagai Bulan Di Pagar Bintang, Pok Pok Bujang Lapok, Maafkan Kami dan beberapa lagi yang pernah menghiburkan peminat.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem.
P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu yang berasal dari Pulau Pinang.
Beliau digelar sebagai Seniman Agung Negara, kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara.
BACA: 'P Ramlee setaraf Frank Sinatra, Charlie Chaplin'
BACA: 'Tayang cerita P. Ramlee, Upin & Ipin'
Lagu-lagu yang dihasilkan oleh P Ramlee banyak memberi makna kepada industri muzik tanah air. Ia banyak memberi inspirasi kepada pemuzik-pemuzik untuk berkarya.
Asyraf Roslan
Thu Oct 18 2018
Sepanjang hayatnya, Allahyarham Tan Sri P Ramlee menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem. - Gambar fail
Henti pusing modal lama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak 'memusing' modal lama sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu yang sedang berlangsung, semata-mata untuk mencalarkan imej UMNO dan Barisan Nasional.
CEO, pemilik syarikat direman bantu siasatan
Seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat yang dipercayai menerima rasuah dan tuntutan palsu berkaitan kes RM3.3 juta, direman tiga hari hingga Jumaat.
Terdapat petanda baik bagi calon PN - Saifuddin
Perikata Nasional percaya terdapat tanda-tanda positif yang menunjukkan sokongan luar jangka terhadap calon mereka, Khairul Azhari Saut, dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang sedang berlangsung.
25 rumah kongsi musnah di Pulau Perhentian
Sebanyak 25 rumah kongsi yang didiami lebih 80 buruh binaan musnah dalam kebakaran di Pulau Perhentian pada Rabu. Pihak bomba menaiki bot dari Kuala Besut ke lokasi kejadian yang terletak 30 kilometer dari darat.
Lelaki nekad pandu Kenari keliling dunia
Seorang lelaki dari Sarawak, Jack Voon Kuet Fei, 47, memulakan misi solo mengelilingi dunia pada Rabu dengan menaiki sebuah Perodua Kenari yang dijangka akan mengambil masa tiga tahun.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Mei 2024.
10 Berita Pilihan - (01 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Program Soal Jawab Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengulas pelbagai perkara termasuk pengumuman Hari Pekerja serta isu-isu semasa yang mendepani rakyat dan negara.
#MalaysiaMADANI #AWANInews
#MalaysiaMADANI #AWANInews
Permintaan penumpang global naik 13.8 peratus pada Mac 2024 - IATA
Jumlah permintaan penumpang global, diukur dalam hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), meningkat 13.8 peratus pada Mac 2024 berbanding Mac 2023.
Dune: Part Two sajian epik penuh estetika
Dune: Part Two meneruskan kisah epik Paul Atreides yang bertukar daripada seorang bangsawan menjadi pemberontak sekali gus pejuang.
Finas diminta teliti skim wajib tayang - Fahmi
Terdapat sedikit masalah dengan skim sedia ada yang menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan menyiapkan filem-filem mereka.
Festival Filem Iran Malaysia 2024 tayang enam filem terbaik Iran
Enam filem terbaik itu ialah Henas, The Painting Pool, Track 143, Bodyguard, No Prior Appointment dan Today.
Filem Kantonis Malaysia 'Rain Town' terima sambutan positif di luar negara
Filem terbaharu arahan Tunku Mona itu dibawa ke layar perak dalam Bahasa Kantonis walaupun beliau sendiri kurang fasih dalam bahasa itu.
Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi
Industri kreatif dan budaya negara menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.
Nas-T terpilih terajui Keluang Man
Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemah penjiwaan seperti yang dikehendaki watak berkenaan.
'The Marvels' catat kutipan terendah dalam sejarah MCU
The Marvels juga menjadi keluaran MCU ketiga yang menerima Skor Pawagam "B" daripada penonton filem, selepas Eternals dan Ant-Man And The Wasp: Quantamania.
Barbie atasi Super Mario sebagai filem terlaris di AS tahun ini
Barbie mengatasi filem The Super Mario Bros. Movie, yang sebelum ini memegang takhta itu dengan kutipan AS$574 juta.
Filem Barbie cecah kutipan AS$1 bilion, Oppenheimer dan Meg 2 cemerlang
Filem arahan Greta Gerwig itu dijangka memperoleh sekitar AS$54 juta pada hujung minggu ini sekali gus melepasi angka AS$1 bilion.
Fahmi minta Finas teliti prestasi filem dihasilkan dengan inisiatif DKD
Fahmi akan berbincang dengan Ahli Lembaga Pengarah Finas minggu depan mengenai perkara itu.