Penayangan semula filem epik Puteri Gunung Ledang (PGL) sempena bulan kemerdekaan ini diharap dapat memulihkan kembali semangat rakyat Malaysia setelah berdepan dengan pelbagai tragedi sejak awal tahun ini.
Itu harapan penerbit filem PGL, Puan Sri Tiara Jacquelina selain mahu penayangan semula filem ini dapat mengingatkan rakyat Malaysia akan zaman kegemilangan Melaka suatu masa dahulu.
“Inilah masanya untuk Malaysia bangun kembali.
Saya berharap dengan penayangan semula PGL akan mengingatkan kembali betapa hebatnya kita sebagai satu bangsa dan negara sejak di zaman Hang Tuah dan kesultanan Melayu Melaka lagi. We were a great nation!” jelas Tiara sewaktu dijemput menjadi tetamu jemputan dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Bagi Tiara, ia menjadi satu tanggungjawabnya sebagai anak seni untuk menyatukan semua dan menaikkan semula semangat patriotisme dalam diri setiap yang berpeluang menyaksikan filem itu.
Filem arahan Saw Teong Hin dengan skrip nukilan Mamat Khalid itu bakal menemui peminatnya dalam format adunan semula berdefinisi tinggi pada 30, 31 Ogos dan 1 September di dua pawagam sekitar Kuala Lumpur.
Mengingati semula saat sewaktu tayangan filem itu 10 tahun lalu, Tiara akui filem terbitannya itu telah ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat.
“Pada masa itu, harapan saya dan warga kerja PGL sewaktu mahu menghasilkan filem tersebut adalah agar rakyat Malaysia datang dan menyokong filem hasil buatan orang Malaysia,
Alhamdulilah, 30 peratus daripada penonton PGL ketika itu adalah orang bukan Melayu dan ada yang baru pertama kali menonton filem Melayu” ujar Tiara.
Beliau turut mengakui semangat semua bangsa bersatu menyokong produk Malaysia semasa itu adalah momen yang sangat berharga.
Filem PGL juga telah membuka ruang kepada filem-filem Malaysia yang lain untuk bersaing di persada antarabangsa setelah kejayannya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik serta merentas samudera mencipta sejarah di litar festival filem antarabangsa antaranya Venice, Bangkok dan Palm Springs.
Selain jalan ceritanya yang indah, PGL turut diingati kerana dialognya yang sangat menyentuh perasaan.
“Saya akui, bukan mudah untuk mendapatkan naskah yang baik. Lucunya, ketika Mamat diminta untuk menghasilkan skrip PGL, saya kurungnya di rumah untuk mendapatkan satu cerita cinta yang hebat” imbas Tiara lagi.
Namun kata Tiara, bukan mudah pada mulanya untuk menghasilkan filem PGL apabila beliau sendiri pada waktu itu baru kali pertama bergelar penerbit.
“Hampir semua warga produksi PGL adalah first timer.
Saya baru pertama kali menerbit ketika itu, Teong Hin juga pertama kali mengarah serta ramai lagi. Namun saya bersyukur penonton percaya dan pergi menonton PGL” jelas Tiara.
Selain menerbit, Tiara turut melakonkan watak Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah di samping watak utama Hang Tuah lakonan M.Nasir.
Filem ini turut dibintangi oleh Datuk Rahim Razali, Adlin Aman Ramlie, Sofia Jane, Khir Rahman, Sabri Yunus, Ruminah Sidek serta pelakon Indonesia seperti Christian Hakim, Alex Komang dan Slamet Rahardjo.
Filem epik Puteri Gunung Ledang akan ditayangkan secara eksklusif di dua panggung iaitu GSC Mid Valley dan GSC Signature The Gardens dan tiket boleh dibeli secara online di Ticket Hotline.
IKUTI TEMUBUAL PENUH BERSAMA TIARA JACQUELINA
Azyyati Ahmad
Thu Aug 28 2014
Filem Puteri Gunung Ledang ditayang semula dalam format HD sempena Hari Kebangsaan ke 57
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Arwah Dollah Cantek miliki sifat humor ketika bekerja - Eric Floor 88
Pengacara dan juga bekas pengurus pentas program-program terbitan Astro, Dollah Cantek selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Pusu Gombak.
'Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo
Menurut Awie, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.
Peniaga abadikan nama 'Warung Pak Jabit', mahu nostalgia filem terus hidup
Kedai makan terbiar yang pernah menjadi lokasi penggambaran tiga filem Allahyarham Mamat Khalid kini 'kembali' meriah.
Tourism Perak anjur wayang pacak tayang filem Mamat Khalid
Kome digalakkan membawa kerusi 'healing' atau 'bean bag' untuk keselesaan. Usoh riso kome! Masuk adalah percuma!
'Barkoba' lonjak semula populari Bell, tak lupa jasa Mamat Khalid
Katanya, watak Barkoba cukup memberi kesan dalam hidupnya, sekali gus melonjakkan semula popularitinya dalam dunia hiburan tanah air.
Berkat restu ibu, minum susu atas bas, kemenangan Bell Ngasri lambang kualiti berbanding populariti
Dia mengaku adalah pelaku seni yang hanya tahu bekerja dan tidak memerlukan populariti.
Filem pertama terbitan Awie 'Sue-On' ke pawagam Julai ini
Awie berkata, pemilihan genre seram komedi dibuat memandangkan sekarang ini dia sememangnya sudah sinonim dengan genre sedemikian.
Runding dengan waris Allahyarham Mamat Khalid, wujud galeri seni di Kampung Kuchai
MBI perlu mendapat persetujuan daripada waris Allahyarham bagi menempatkan barangan dan karyanya di galeri yang terletak di Kampung Kuchai.
Aidilfitri: Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih
Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih
Terima kasih, yeop! 'Kampong Pisang Berbuah Dua Kali' nombor 1 di Astro First
Malah menerusi ruangan komen juga rata-rata penonton memberikan reaksi positif dan puas hati dengan filem tersebut.