Keunikan Malaysia sekali lagi cuba ditonjolkan dalam rekaan busana khas pertandingan ratu cantik Miss Universe, bagi mencuri perhatian bukan sahaja juri, malah peserta yang bertanding.
Bermula dengan tahun lalu, bekas Miss Universe Malaysia, Kiran Jassal yang memakai kostum khas dengan replika menara berkembar KLCC tersemat di bahu rekaan Rizman Ruzaini untuk pertandingan itu.
Tahun ini, keunikan negara sekali lagi dicernakan dalam rekaan busana yang membawakan tema ‘Nasi Lemak’ – sarapan tradisi negara yang bakal disarungkan oleh Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James.
Gaun khas itu direka khas oleh pereka tempatan Brian Khoo bagi pertandingan ratu cantik Miss Universe 2017 yang bakal berlangsungdi Las Vegas pada 26 November ini.
Menariknya, gaun yang menggunakan warna putih dan merah sebagai simbol nasi dan sambal turut disematkan sebiji telur mata kerbau, timun, ikan bilis dan juga daun pisang.
Lapor Elle Malaysia, rekaan berkenaan mengambil masa sebulan untuk disiapkan.
Samantha, 22, akan bersaing dengan 41 peserta ratu cantik seluruh dunia dalam edisi ke-66 pertandingan Miss Universe 2017.
Azyyati Ahmad
Tue Oct 31 2017

Gaun khas itu direka khas oleh pereka tempatan Brian Khoo bagi pertandingan ratu cantik Miss Universe 2017 yang bakal berlangsung di Las Vegas pada 26 November ini. - Foto Instagram Miss Universe

Nasib Orang Utan terkurung di sebalik sangkar
Ada dalam kalangan Orang Utan ini yang menjadi haiwan sarkas dan kurang upaya akibat aktiviti pemburuan haram.

Pertumbuhan global jangka pendek diramal lemah
Ketua Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata ketidaktentuan sangat tinggi dan boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. Tahun 2023 kekal menjadi tahun yang mencabar untuk semua.

Impak positif melebihi negatif
Sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) dijangka dilakukan secara berperingkat namun tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.

Pembangunan infrastruktur, perdagangan digital antara fokus
Pembangunan infrastruktur adalah kunci kepada jalinan perdagangan kedua-dua negara.

Konvensyen Nasional wujudkan keserasian gabungan - TPM
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di WTC Kuala Lumpur mampu meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Nasib Ramasamy belum diputuskan
Nasib Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy sama ada akan digugurkan atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan kerana senarai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) belum diputuskan.

Lantikan Asyraf Wajdi berdasarkan pengalaman dan kepakaran
Pelantikan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA dibuat atas pengalaman dan kepakaran beliau dalam perbankan Islam.

Majlis iftar rai Anwar di Kemboja
Lawatan rasmi sehari di Kemboja, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diraikan dalam majlis iftar di negara itu.
Jelas Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul kadir, majlis itu turut akan dihadiri kira-kira lima ribu tetamu.

Skuad Harimau Malaya B-22 juarai Merlion Cup 2023
Skuad Harimau Malaya B-22 menjuarai Merlion Cup 2023 selepas menewaskan Hong Kong B-22 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam Ahad.

Pembangkang kemuka usul di Dewan Rakyat
Pembangkang akan mengemukakan usul berhubung dakwaan kegagalan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi di Dewan Rakyat.
Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kegagalan yang didakwa tersebut merupakan satu tamparan hebat ke atas Malaysia.

Gaun nasi lemak Miss Universe, pemuda ini tampil idea lebih 'bernyawa'!
Selepas gaun nasi lemak daun pisang dipakai peserta Miss Universe 2017, Samantha Katie James menjadi viral, seorang pemuda tampil dengan rekaan yang lebih briliant'.

'Komen negatif? biarlah!'- Samantha tak kisah digelar 'Gadis Nasi Lemak'
Peserta Miss Universe 2017, Samantha Katie James akui tidak mengendahkan komen negatif selepas gaun 'nasi lemak daun pisang' yang digayakannya pada Isnin lalu menjadi tular dan dikritik.

Busana nasi lemak bakal jadi 'kunci' kemenangan Miss Universe kita - Pereka Brian Khoo
Meskipun dikecam hebat netizen, pereka fesyen busana nasi lemak Miss Universe Malaysia, Brian Khoo masih mempertahankan rekaannya.

'Telur mata kerbau dan nasi lemak sambal ikan bilis' taruhan Miss Universe Malaysia
Gaun bertema Nasi Lemak sarapan tradisi negara bakal disarungkan oleh Miss Universe Malaysia Samantha Katie James.