awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada anak tak sayang ibu bapa, mungkin Syamsul masih merajuk' - Yusof Haslam

Sinar Harian
Sinar Harian
03/03/2024
23:15 MYT
'Tiada anak tak sayang ibu bapa, mungkin Syamsul masih merajuk' - Yusof Haslam
Bagaimanapun, Yusof (kiri) berkata, beliau tidak mahu terlalu memikirkan dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul (kanan). - Foto Sinar Harian
“SAYA sebagai orang tua perlu berfikiran matang. Sebagai ayah, bila anak bersikap sebegitu, saya tak boleh bersikap sama.”
Itu komen ringkas penerbit dan pengarah prolifik, Datuk Yusof Haslam apabila ditanya mengenai anaknya, Syamsul Yusof atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof yang masih belum pulang bertemu keluarga biarpun sudah beberapa kali dipujuk untuk bertemu.
Jelas Yusof, 70, beliau beranggapan Syamsul kini sibuk dengan filem Original Gangster yang dijangka menemui penonton pada penghujung tahun ini.
Bagaimanapun dalam masa sama, beliau tidak mahu terlalu memikirkan dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul.
“Apa sahaja untuk Syamsul, saya dan ibunya sentiasa mendoakan terbaik. Tidak ada ayah atau orang tua yang mahu melihat kejatuhan anaknya.
“Saya rasa tak ada anak yang tak sayang ibu bapanya. Mungkin dia masih merajuk atau terkilan lagi.
"Saya hanya doakan terbaik kerana setiap kejadian berlaku kita tak boleh ubah takdir,”katanya.
Tambah Yusof, beliau juga enggan memberi komen lanjut demi menjaga hati beberapa pihak terutama isterinya, Datin Patimah Ismail.
“Isteri saya sentiasa berpesan agar berserah pada Allah SWT untuk menentukannya.
“Saya tak mahu komen lebih nanti ada pihak merajuk. Saya nak jaga hati semua orang terutama isteri. Tak mahu hubungan saya dengan isteri menjadi keruh hanya kerana benda ini,” jelasnya yang kini memilih untuk membahagiakan anak, menantu dan cucu yang ada.
Terdahulu, figura yang terkenal dengan jolokan ‘Six Million Dollar Man’ pernah beberapa kali meluahkan kekecewaan apabila Syamsul seolah ‘menghilangkan’ diri semenjak kemelut rumah tangganya diketahui umum.
Bagaimanapun Yusof pernah sekali berjumpa Syamsul sekitar tahun 2022, sebelum anak kedua itu kembali menjauh. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Syamsul Yusof
#Yusof Haslam
#pulang bertemu keluarga
#merajuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan