awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada penyingkiran di konsert kelima #AF2014

Gempak
Gempak
06/10/2014
08:50 MYT
Tiada penyingkiran di konsert kelima #AF2014
Kesemua sembilan bintang #AF2014 akan meneruskan perjuangan mereka sehingga bergelar juara - Foto Astro Gempak
Kejutan buat sembilan pelajar apabila pengacara #AF2014 Zizan Razak dan Faizal Ismail mengumumkan bahawa tiada penyingkiran untuk konsert kelima #AF2014.
Sembilan pelajar yang dimaksudkan ialah Firman, Ewal, Zarif, Aman, Azwan, Adel, Nuha, Ziha dan Nina menarik nafas lega sebaik sahaja mendengar pengumuman tersebut.
Manakala keputusan undian pelajar-pelajar #AF2014 untuk minggu kelima itu dibawa ke minggu hadapan.
Tidak lengkap sekiranya program realiti Akademi Fantasia tanpa sebarang kejutan, oleh itu para pelajar #AF2014 sekali lagi diberi kejutan istimewa oleh pihak produksi apabila ibubapa mereka dijemput untuk naik ke pentas bagi bertemu anak-anak kesayangan mereka sempena Hari Raya Aidil Adha.
Dalam pada itu, konsert minggu kelima #AF2014 juga dimeriahkan dengan persembahan penyanyi rap terkenal iaitu Joe Flizzow dan Sonaone di pembukaan acara.
Juara dan naib juara Ceria Popstar Masya dan Iqbal juga turut hadir membuat persembahan sebelum tamatnya konsert kelima #AF2014.
Pelakon hebat Fauziah Nawi dan juga Que Haidar turut beraksi dipentas bersama pelajar-pelajar #AF2014.
Selain itu, tiga orang juri yang bertanggungjawab untuk memberi komen kepada para pelajar untuk minggu kelima ini ialah Dato’ Ramli MS dan Raja Azura selaku juri tetap manakala penyanyi Nash selaku juri jemputan.
Kesemua sembilan bintang #AF2014 akan meneruskan perjuangan mereka sehingga bergelar juara - Astro Gempak
Topic Berkaitan
##AF2014
#Akademi Fantasia
#Faizal Ismail
#Zizan Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan