Pemain beregu campuran badminton negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan pemain beregu lelaki Goh V Shem kini bergelar pelakon apabila diambil berlakon dalam sebuah filem tempatan berbahasa Cina yang bertajuk 'Goodbye Mr Loser' yang akan ditayangkan pada Tahun Baru Cina tahun depan.
Susulan kejayaan mereka meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Rio membuka rezeki kepada ketiga-tiganya untuk beraksi pula di layar perak.
Liu Ying yang juga seorang model sambilan berkata beliau gembira apabila diberi peluang untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan.
Beliau berkata kerjaya sebagai pelakon dan model hanya sampingan dan tumpuannya tetap terarah sebagai pemain badminton.
"Saya, Peng Soon dan V Shem diberi peluang untuk berlakon, kami sangat teruja. Dalam bidang lakonan untuk menghayati watak adalah susah, tetapi jadi atlet di gelanggang lebih susah lagi," katanya kepada pemberita.
Liu Ying menerima penghargaan daripada syarikat pembekal barangan kesihatan OSIM Malaysia hari ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata beliau kini sedang giat menjalani latihan untuk menyertai beberapa kejohanan terutama Final Siri Super Dunia Dubai dari 14 hingga 18 Dis ini.
"Paling penting adalah tahap kecergasan saya. Fokus saya adalah Final Siri Super di Dubai. Bagi beberapa kejohanan terdekat seperti Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis, saya perlu tingkatkan ketahanan fizikal saya," katanya.
Sementara itu V Shem berkata berlakon filem adalah lebih sukar berbanding menjadi seorang atlet.
Baginya tiga jam penggambaran filem tersebut adalah pengalaman baharu dan menarik baginya walaupun sukar untuk menghayati watak yang diberikan.
"Bagi saya lakonan susah berbanding menjadi atlet, mungkin sebab pertama kali saya mencuba. Saya belum fikir untuk menjadi pelakon sepenuh masa," katanya yang berpasangan dengan Tan Wee Kiong.
Bernama
Thu Oct 06 2016

Pemain beregu campuran badminton negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying diambil berlakon dalam sebuah filem tempatan berbahasa Cina yang bertajuk 'Goodbye Mr Loser'. -Gambar fail

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Malaysia tewas melawan, bermaruah - Rashid Sidek
Rashid sifatkan sebenarnya Indonesia yang dipaksa bekerja keras pada pertembungan itu sebelum mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Tiga pemain badminton negara berlakon filem
Susulan kejayaan mereka meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Rio membuka rezeki kepada ketiga-tiganya untuk beraksi pula di layar perak.