TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkesempatan menyaksikan perlawanan bola sepak bersama dua pemain terkenal, David Beckham dan Mesut Ozil

Perkara terbabit dikongsi menerusi laman Facebook rasmi milik TMJ, HRH Crown Prince of Johor.

"DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dijemput oleh David Beckham dan Mesut Ozil untuk menyaksikan perlawanan 'North London Derby' antara Arsenal dan Tottenham Hotspur di Stadium Emirates.

"DYAM Tunku Ismail turut menerima hadiah dari Ozil," tulis laman Facebook terbabit.


Entri terbabit berkongsi foto TMJ sedang menyaksikan perlawanan tersebut bersama Beckham, Ozil dan Sead Kolasinac di kerusi penonton.

TMJ menerima hadiah berupa jersi yang tertera namanya bersama nombor 84 serta sepasang kasut sukan.

Menerusi perlawanan terbabit, Arsenal kalah dengan skor 2-0 kepada Tottenham Hotspur hasil jaringan Son Heung-min dan Dele Alli.