FILEM “Tombiruo: Penunggu Rimba” yang diadaptasi dari novel karya Ramlee Awang Murshid, mencipta sejarah apabila tersenarai sebagai finalis Filem Asia Terbaik pada anugerah “The Australian Academy of Cinema and Television Arts (AACTA)” 2018.
Menurut data pencapaian filem Malaysia peringkat antarabangsa Tahun 2018 yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), filem yang diterbitkan oleh Astro Shaw akan bersaing bersama lapan filem hebat lain dari seluruh Asia iaitu 1987 When The Day Comes (Korea Selatan), The Bold, The Corrupt and The Beautiful (Taiwan), Dying to Survive (China), Gali Guleiyan (India), Newton (India), Sanju (India), Shoplifters (Jepun) dan Youth (China).
Pemenang anugerah itu akan diumumkan pada majlis kemuncak pada 5 Disember depan di Sydney.
Terdahulu, filem yang dibintangi Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Hasnul Rahmat, Datuk M. Nasir, Datin Marlia Musa, Faizal Hussein, terpilih sebagai “Official Selection” di bawah kategori ‘World Fantastic Blue’ bersama-sama 36 filem lain dari seluruh dunia pada 22nd Bucheon International Fantastic Film Festival (BiFan) yang berlangsung dari 12 hingga 22 Julai lalu di Bucheon, Korea Selatan.
Selain itu, data tersebut turut berkongsi kejayaan filem berunsur super-natural, “Interchange” yang mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila meraih anugerah Kesan Khas Visual pada Festival Filem Asia Pasifik ke-58 (APFF58) di Taipei, Taiwan, pada September lalu.
Filem arahan Dain Said itu turut dicalonkan dalam kategori Penataan Bunyi Terbaik dalam festival yang sama.
APFF58 turut menyaksikan penampilan tiga filem tempatan lain iaitu Adiwiraku, Hanyut dan Abang Long Fadil 2 bersaing, namun gagal meraih anugerah.
Turut disenarai ialah filem Óne Two Jaga' arahan Nam Ron terbitan Pixel Play Entertainment dan Jazzy Pictures yang menjadi filem pembukaan dan menjadi tumpuan penonton serta delegasi antarabangsa di festival filem berprestij, 20th Udine Far East Film Festival (FEFF), Itali yang berlangsung pada 20 April lalu.
Filem “Redha” yang mengangkat tema kanak-kanak autisme yang pernah mencipta kejayaan sebelum ini sekali lagi meraih anugerah “Cultural Exchange Prize for a Feature Film” pada 6th Seoul Guro International Kids Film Festival, Korea Selatan (Gukiff) Mei lalu.
'Redha' sebelum ini merangkul beberapa anugerah pada Festival Filem Malaysia ke-29 dan meraih tiga anugerah pada Festival Filem Islam Antarabangsa Kazan yang berlangsung di Kazan, Rusia, pada 2016.
Turut disenarai dalam data tersebut ialah filem kontroversi yang tertangguh tayangannya selama 12 tahun iaitu “Dukun” yang bersaing bagi kategori Anugerah Penonton pada Festival Filem New York ke-17 pada Julai lepas.
Sementara itu, filem cereka yang belum ditayangkan berjudul 'Guang' memenangi dua anugerah pada 13th Chinese Youth Generation Film Forum in Wuhan, China, pada 16 Sept lalu.
Filem tersebut menggondol anugerah 'Best New Director' melalui Quek Shio Chuan dan anugerah 'Best New Actor' melalui lakonan, Kyo Chen.
Filem mengenai remaja autisme itu turut dipilih untuk bertanding pada anugerah Festival Filem Antarabangsa Fukuoka 2018 dan akan ditayangkan di pawagam negara pada 29 Nov depan.
Sebuah filem kantonis tempatan, A House of Happiness pula meraih anugerah Best Cantonese Film 6th Vancouver Chinese Film Festival di Kanada Julai lalu.
Bagi kategori filem pendek, beberapa filem tempatan meraih anugerah di peringkat antarabangsa termasuk filem Tamil 'Paarvai' yang merangkul anugerah “Pelakon Lelaki Terbaik” dan “Pelakon Wanita Terbaik” pada Hong Kong Film Art International Festival 2018.
Filem sama turut memenangi anugerah “Special Mention” pada Asia South East Short Film Festival 2018 di Phnom Penh, Kemboja.
Sebuah lagi filem pendek “The Selfish One” menggondol anugerah “Best Family Drama” di Manhattan Film Festival di New York.
Dalam pada itu, sebuah filem pendek, “The Special Ones” turut meraih anuegrah Filem Terbaik (Pelajar) di International Short Film & Arts Festival yang berlangsung di New Delhi, India. – Bernama
Bernama
Tue Oct 16 2018
"Tombiruo: Penunggu Rimba" tersenarai sebagai finalis Filem Asia Terbaik pada anugerah -The Australian Academy of Cinema and Television Arts (AACTA)- 2018. -Gambar fail/Facebook TombiruoMovie
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Tombiruo tersenarai finalis Filem Asia Terbaik
Pemenang anugerah itu akan diumumkan pada majlis kemuncak pada 5 Disember depan di Sydney.