awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trailer filem Paskal tarik perhatian PM Najib

Bernama
Bernama
14/04/2018
09:28 MYT
Trailer filem Paskal tarik perhatian PM Najib
Diangkat daripada kisah benar, Paskal mengisahkan kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Angola pada 1998. - Twitter Najib Razak
TRAILER filem Paskal, yang mengisahkan Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang memuat naik video trailer berdurasi 49 saat melalui laman Twitter hari ini menyifatkannya sebagai hebat.
"Pendekar melangkah tangan menggegar". Hebat PASKAL @tldm_rasmi ! #NegarakuMalaysia #HebatkanNegaraku #PerkasaPerwira #SentiasaYangTerbaik #SediaBerkorban," katanya.
"Pendekar melangkah tangan menggegar". Hebat PASKAL @tldm_rasmi !#NegarakuMalaysia #HebatkanNegaraku #PerkasaPerwira #SentiasaYangTerbaik #SediaBerkorban pic.twitter.com/P9cxrVjkTP
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) April 14, 2018
Diarahkan oleh Adrian Tan, filem yang menjalani penggambaran di Lumut, Perak, Semporna, Sabah dan Maghribi itu dibintangi pelakon Hairul Azreen, Datuk Eizlan Yusof, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.
Barisan pelakon yang membintangi filem berkenaan turut menjalani latihan pendek bersama TLDM di Lumut bagi menjiwai watak dengan lebih berkesan.
Diangkat daripada kisah benar, Paskal mengisahkan kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Angola pada 1998 selain misi merampas kapal dagang MT Bung Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Najib Razak
#Paskal
#Perdana Menteri
#Semporna
#tentera
#TLDM
#Twitter
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan