ACARA yang dinanti-nantikan saban tahun, Anugerah Akademi atau Anugerah Oscar ke-88 bakal diadakan pada esok 28 Februari di Teater Dolby di Hollywood.

Berikut adalah beberapa trivia menarik mengenai Anugerah Oscar ke-88:

Jumlah panel pengundi Akademi Motion Picture Arts & Sciences: 6261

Jumlah negara majlis Oscar akan disiarkan: Lebih daripada 225

Jumlah filem layak untuk anugerah Gambar Terbaik: 305

Jumlah negara menyertai kategori Filem Bahasa Asing: 80

Jumlah kategori dengan persaingan sengit: 24

Ketinggian piala Oscar: 34.2 sentimeter

Berat piala: 3.9 kilogram

Jumlah piala yang diberikan semenjak Oscar 1929: 3001

Jumlah organisasi media memohon buat liputan: 787

Jumlah tempat duduk untuk peminat di Karpet Merah: 745

Panjang permaidani merah: 150 meter

Lebar permaidani merah: 10 meter

Kapasiti tempat duduk Teater Dolby: 3300

Pengacara Oscar ke-88: Chris Rock

Pengacara Oscar paling kerap: Bob Hope (19)

Siaran Oscar paling lama: 4 jam 23 minit (tahun 2002)

Siaran Oscar paling singkat: 1 jam 40 minit (tahun 1959)

Pertama kali bersiaran di televisyen: 19 Mac 1953

Di Malaysia, Anugerah Oscar akan bersiaran secara langsung pada pagi Isnin bermula jam 8 pagi di saluran 411 HBO.