Pelakon filem Fast & Furious Tyrese Gibson memuat naik satu foto yang memaparkan ruang dalam sebuah masjid di Qatar di laman sosial Facebook miliknya semalam.
Pelakon itu turut melahirkan perasaan gemuruh dan rendah diri ketika berada di dalam masjid tersebut.
Di masjid tersebut, dia telah diberikan kursus untuk mempelajari cara-cara bersolat, dedah pelakon terkenal itu dalam status yang sama.
Setakat ini, lebih 97 ribu netizen menyukai status itu dengan lebih 15 ribu netizen lagi telah menyebarkannya di laman sosial masing-masing.
Namun demikian, peminat beliau di seluruh dunia masih tertanya-tanya adakah pelakon itu telah pun mengucapkan dua kalimah Syahadah atau pun hanya dalam proses awal mendekati Islam.
Pada Jun tahun lalu, pelakon Hollywood yang terkenal dengan watak Roman Pearce dalam filem The Fast and the Furious itu telah menafikan yang beliau telah memeluk agama Islam.
Pelakon itu juga turut menghantar satu balasan kepada akaun Twitter Astro AWANI bagi menafikan khabar angin tersebut.
Antara komen yang mendapat perhatian adalah daripada Denzel Phoenix yang menyanjungi keputusan pelakon itu kerana beliau benar-benar faham akan makna iman.
"Mereka yang percaya kepada iman tanpa mengira mana-mana agama sekali pun akan mendapat penghormatan tinggi. Saya tidak tahan dengan pakar agama yang membawa pandangan berat sebelah mengenainya dan hanya berpaksikan pandangannya sahaja. Tanpa mengira daripada gereja, masjid, ruang tamu atau pun hutan belantara, paling penting adalah keimanan yang teguh. Penghormatan yang tinggi buat Tyrese Gibson kerana benar-benar faham makna iman yang sebenarnya."
Selain foto, Tyrese Gibson turut memuat naik satu video berdurasi 1 minit yang memaparkan ruang dalam masjid tersebut.
Sehingga kini, video tersebut menerima 792,000 tontonan.
Astro Awani
Mon May 09 2016
Tyrese Gibson masuk masjid belajar solat, tanda tanya peminat belum terjawab?
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Majoriti mahu kerajaan menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia mahu kerajaan bertindak menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong sekiranya ada pihak ingin membincangkan isu 3R.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.