awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Uji Rashid buat comeback selepas sekian lama, muncul dalam iklan raya

Gempak
Gempak
29/03/2025
01:50 MYT
Uji Rashid buat comeback selepas sekian lama, muncul dalam iklan raya
'Kerusi Kosong' mengisahkan tentang pengorbanan dan hubungan antara ibu dan anak, membawa emosi yang mendalam dan menyentuh hati penonton. - Foto Gempak
PENCIPTA kandungan, Nazz Abdullah menyifatkan karya 'Kerusi Kosong' lakonannya bersama seniwati legenda, Uji Rashid sangat bermakna.
Kongsi Nazz, dia tidak mempunyai masalah untuk mencipta keserasian bersama Uji Rashid biarpun mengakui gemuruh pada awalnya.
“Saya gemuruh sebenarnya untuk berlakon dengan dia, dia dah berada depan kamera sebelum saya lahir lagi.
“Saya tak ambil masa yang lama untuk bina chemistry itu. Terus dapat rasakan kemesraan itu.
“Sepanjang di set, saya panggil dia emak dan dia panggil saya abang. Dia terus into the character. Saya dapat rasakan kesedihan itu,” kongsi Nazz.
Menjalani penggambaran pada bulan Ramadan, Nazz mendedahkan pihaknya sukar untuk mencari siapa yang bakal melakonkan watak ibu
“Idea ini datang pada November tahun lalu. Cerita ini agak berat, jadi sediakan tisu.
“Cabarannya adalah saya mencari siapa yang akan pegang watak ibu, Wajah yang jika kita tengok pasti nampak macam seorang ibu dan dalam masa sama seseorang yang sinonim dengan raya.
“Saya terus terfikir tidak lain tidak bukan pastinya Uji Rashid. Lagu raya dia banyak, jadi saya rasa ia sangat bermakna buat dia sebab dia ada anak lelaki tunggal.” kongsinya lagi.
“Kerusi Kosong” mengisahkan tentang pengorbanan dan hubungan antara ibu dan anak, membawa emosi yang mendalam dan menyentuh hati penonton.
Lakonan hebat Uji Rashid sebagai ibu menjadi nadi utama dalam menyampaikan mesej iklan ini.
Kehadiran beliau dalam iklan raya ini mengisahkan tentang seorang anak yang mengabaikan ibunya, membawa penyesalan yang mendalam.
Saksikan 'plot twist' dalam kisah ini dan bagaimana kisah 'Kerusi Kosong' ini menjadi sesuatu yang tidak dapat diduga pengakhirannya di hujung video ini.
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Uji Rashid
#Ramadan2025
#CeritaRamadan2025
#iklan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan