Video seorang jejaka kacak yang fasih bertutur dalam Bahasa Tamil menjadi viral di laman sosial.
Dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Vickey Suresh Ariman, video itu memaparkan jejaka tersebut bertutur dalam Bahasa Tamil dengan beberapa orang pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Selain video berdurasi 42 saat, Vickey Suresh Ariman turut memuat naik dua keping foto jejaka kacak itu.
Menerusi pemerhatian yang dijalankan di ruangan komen, netizen mula meneka siapakah gerangan jejaka kacak tersebut.
Lelaki tersebut merupakan seorang pemilik ijazah kedoktoran dan merupakan seorang Pensyarah Kanan dan Pakar Kriminologi Forensik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohammad Rahim Kamaluddin.
Kepakaran Rahim bertutur dalam Bahasa Tamil dipelajari ketika dirinya belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Selain menjadi seorang pakar dalam bidang kriminologi, Rahim turut aktif memberi motivasi dan ceramah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil seluruh Malaysia.
Setakat ini, entri Facebook milik Vickey Suresh Ariman yang dimuat naik pada 8 Ogos lalu menjadi viral dengan lebih 4,000 perkongsian.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Gempak
Tue Aug 15 2017
Setakat ini, entri Facebook milik Vickey Suresh Ariman yang dimuat naik pada 8 Ogos lalu menjadi viral dengan lebih 4,000 perkongsian.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
MITRA tubuh jawatankuasa pantau penerima Geran PPSMI - Ramanan
Satu jawatankuasa pemantauan akan ditubuhkan untuk memastikan peruntukan RM27.19 juta di bawah Geran Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia (PPSMI) 2023 disalurkan dengan telus.
Cik Din fasih cakap bahasa Tamil, seru generasi kini belajar pelbagai bahasa
Seawal usia sembilan tahun, Tajuddin Mohd Sharif, 70, sudah mula mendekati bahasa Tamil bersama rakan-rakan India.
PM mahu syarat untuk kelas Tamil diadakan di sekolah menengah dilonggarkan
Perdana Menteri berjanji akan berbincang dengan Menteri Pendidikan bagaimana syarat semasa untuk Bahasa Tamil diajar sebagai bahasa tambahan di sekolah menengah, boleh dilonggarkan.
Suami YouTuber masakan terkenal mengaku tidak bersalah miliki senjata bahaya
Menurut pertuduhan, bapa kepada dua orang anak itu didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukur 66cm bertulis Tiger di parkir HRPB kira-kira jam 6 petang, 21 Julai lalu.
Ahli perniagaan tak mengaku sebabkan kematian Koperal Safwan
Tertuduh juga turut dituduh mengikut Seksyen 26(1) Akta Polis 1967 kerana tidak berhenti di sekatan jalan raya.
Video jejaka kacak Melayu fasih bertutur bahasa Tamil viral
Video seorang jejaka kacak yang fasih bertutur dalam Bahasa Tamil menjadi viral di laman sosial.
Lebih banyak sekolah Tamil akan dibina dalam tempoh terdekat - Kamalanathan
Kerajaan komited untuk membina lebih banyak sekolah Tamil di Malaysia dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
UPSR: Polis, Kementerian Pendidikan siasat dakwaan kertas Bahasa Tamil, Matematik bocor
Kementerian Pendidikan sedang menyiasat dakwaan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Matematik dan Bahasa Tamil selepas laporan polis dibuat mengenai perkara itu.
Bahasa Mandarin, Tamil bakal ke sekolah kebangsaan - Idris
Kementerian Pendidikan merancang untuk perkenalkan pembelajaran bahasa Mandarin dan Tamil ke sekolah kebangsaan.