KUALA LUMPUR : Penyanyi kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael, 55, meninggal dunia di Hospital Muar sekitar jam 9.30 malam tadi (Khamis, 27 April).
Khabar duka berkenaan disahkan anaknya, Sharifah Irfatasha, menerusi satu kiriman teks di WhatsApp: "Adalah dengan amat sedihnya dimaklumkan bahawa bapa saya meninggal dunia di Hospital Muar pada Khamis, 27 April 2023, lebih kurang jam 9.30 malam."
Pada masa sama, berita itu juga dikongsikan menerusi akaun Facebook pengurus kumpulan Slam, Johan Aziz, yang memetik pemberitahuan daripada pengurus XPDC.
"Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Al-Fatihah. Terima berita dari pengurus XPDC, Bro Yazid... Penyanyi XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar pukul 9 malam tadi.
"Semoga rohnya ditempatkan di sisi kekasih Allah," ujarnya dalam hantaran itu.
Sementara itu, Bro Yazid memberitahu, Mael diketahui mengalami masalah semput yang berpunca daripada penyakit asma kronik.
Astro AWANI sedang cuba mendapatkan maklumat lebih terperinci berkenaan pemergiannya.
Pada Ogos 2019, Mael pernah dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesakitan dan tidak mampu bergerak. DI Hospital Muar juga, beliau menerima rawatan hingga keadaannya kembali pulih.
BACA: 'Terlalu sakit macam patah, tak dapat bergerak' - Mael XPDC dikejar ke hospital
Band heavy metal terkemuka tanah air itu, berdasarkan perancangan, mahu menjayakan persembahan dengan kumpulan Khalifah pada 7 Mei nanti, bersempena dengan penganjuran Sound Valley Festival 2023.
Bro Yazid dalam sidang media pada awal April lalu memberitahu, kesihatan Mael dilihat berada dalam keadaan baik, malah XPDC juga telah mengadakan beberapa persembahan dan konsert sejak awal tahun 2023 tanpa sebarang masalah.
BACA: XPDC bakal gegar MAEPS buat kali kedua
Sekitar 1990 sehingga awal 2000, XPDC yang dianggotai Mael, Izo, Zuar dan Amy berjaya mencatat penjualan album terbaik sehingga melebihi 100,000 unit. Jumlah itu tercatat menerusi jualan album Darjah Satu (1990), Timur Barat (1992), Kita Peng-Yu (1994), Brutal (1997) serta beberapa album kompilasi.
Astro Awani
Thu Apr 27 2023

Khabar duka berkenaan disahkan anaknya, Sharifah Irfatasha, menerusi satu kiriman teks di WhatsApp.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
Perisikan Jerman: COVID-19 mungkin bocor dari makmal Wuhan
Pada tahun 2020, Agensi Perisikan Asing Jerman (BND) menganggarkan dengan kebarangkalian 80 hingga 90 peratus bahawa koronavirus yang mencetuskan pandemik COVID-19 telah dilepaskan secara tidak sengaja dari Institut Virologi Wuhan di China. Menurut laporan media tempatan Jerman, BND mempunyai petunjuk mengenai eksperimen "gain-of-function" di institut tersebut.

5,272 belia bankrap sejak 2020
Sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Mark Carney angkat sumpah PM baharu Kanada Jumaat ini
Mark Carney akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada hari Jumaat, menggantikan Justin Trudeau. Beliau mengambil alih kepimpinan ketika Kanada berdepan perang perdagangan dengan AS dan persiapan pilihan raya.
Api kuali musnahkan khemah peniaga Bazar Ramadan
Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu tular di TikTok, menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.

Konsert XPDC 'Tribute to Mael, Legacy Continues' ke Singapura 27 September ini
Tiket-tiket akan mula dijual bermula 20 Julai ini sehingga tarikh tutup iaitu pada 27 September nanti.

Belum terlintas untuk cari pengganti Mael - XPDC
Menurut mereka, setakat ini perkara itu tidak akan dibincangkan namun tidak menafikan ia pastinya akan berlaku.

'Mael XPDC tiada galang ganti, sanggup sembunyikan sakit demi peminat'
Ketika ada suara yang mengkritik atau mempersoalkan keupayaan vokalnya di pentas, dia memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu dalam kalangan peminatnya tahu masalah kesihatannya itu.

Belasungkawa: Titian perjalanan Mael XPDC, berpulang malam Jumaat di bulan Syawal
Buat para penggemar kumpulan rock XPDC, berita yang diterima sekitar pukul 9.00 malam tadi sangat mengejutkan.

Jenazah Mael XPDC selamat dikebumikan
Kira-kira 200 orang memenuhi pekarangan tanah perkuburan bagi menyaksikan upacara pengebumian Allahyarham Mael.

"Mael XPDC... idola rock, tiada pengganti" - Peminat
Peminat setia arwah Mael dan XPDC sebak kenang pemergian artis kesayangan.

Jenazah Mael XPDC dikebumi di Tanah Perkuburan Bakri, Muar pagi ini
Ketika ini, jenazah vokalis XPDC itu berada di kediaman anaknya di Jalan Sungai Abong, Muar.

'Terlalu sakit macam patah, tak dapat bergerak' - Mael XPDC dikejar ke hospital
Doktor memberitahu kesakitan yang dialami Mael bukan disebabkan gout yang dihidapinya.

Ditemui tidak sedarkan diri di rumah, Mael XPDC dikejarkan ke hospital
Vokalis kumpulan XPDC, Mael telah dikejarkan ke hospital selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya.