BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Barangkali, itu pepatah yang paling tepat untuk menggambarkan bebanan yang dilalui Fauziah Sarman iaitu bekas isteri kepada penyanyi dan pelakon Datuk ND Lala.
Duka dan lara yang dilalui Fauziah yang juga ibu kepada penyanyi ternama, Shila Amzah sebetulnya bukan calang-calang.
Ikatan pernikahan yang berusia 34 tahun dengan ND Lala berakhir dengan luka yang berbekas di hati kerana kehadiran orang ketiga.
Duka tambah berganda, orang ketiga itu ialah rakan baik kepada anaknya sendiri.
Pendedahan ini dibuat Fauziah dalam satu hantaran di akaun media sosialnya selepas hampir sebulan mengumpul kekuatan.
Dalam hantaran itu, Fauziah meluahkan apa yang terbuku di hati sekali gus menceritakan kisah sebenar pergolakan rumah tangganya.
Kata wanita cekal itu, wanita terbabit (isteri muda ND Lala) teman baik kepada anak sulungnya, Shila yang sudah dikenali mereka sekeluarga sejak sekian lama.
"Tidak mudah bagi saya bila dapat tahu seorang perempuan seusia anak sulung saya - malah lebih tepat menjadi BFF anak saya dari tingkatan satu hingga lima di sekolah yang sama dikatakan sudah berkahwin sampai ke pengetahuan saya.
"Saya pernah berada di fasa penafian kerana perempuan ini sudah saya anggap seperti anak sendiri, makan minum dan tidur di rumah keluarga kami. Apa sahaja acara kecil atau besar yang kami adakan di mana-mana dia pasti ada.
"Saya masih ingat, pada 2019, anak sulung saya (Shila) memberitahu ada orang menyampaikan kepada dia yang abahnya (ND Lala) sudah bernikah dengan perempuan ini tapi saya sendiri di dalam hati masih menafikannya.
"Beberapa hari selepas dapat tahu saya bertemu sendiri perempuan ini yang bekerja dengan abah anak-anak saya dan bertanya sendiri - jawapannya dia tidak akan melakukannya kerana dia menganggap kami suami isteri sebagai 'orang tuanya'," dedah Fauziah.
Tidak pernah terfikir bercerai
Luah Fauziah, tidak pernah terlintas di fikirannya perkahwinan yang dibina bersama ND Lala berkecai akhirnya namun dia mengharapkan kisah rumah tangganya menjadi iktibar wanita lain.
"Sebagai seorang wanita yang dinikahi sejak 19 Oktober 1989 ketika usia saya 21 tahun, saya cuba menjadi isteri terbaik buat suami dan ibu but empat orang anak saya.
"Tidak pernah langsung saya terfikir noktah ikatan perkahwinan saya menjadi begini kisahnya.
"Mahu atau tidak kerana kerjaya anak sulung saya, tempiasnya terkena kepada saya - apatah lagi penamat ikatan perkahwinan ini dilakukan dengan cara yang bagi saya tidak kena untuk usia perkahwinan kami (yang bukanlah muda) malah kami sudah punya dua orang cucu.
"Saya menulis ini setelah berjaya memujuk hati, mengutip kekuatan hasil sokongan mereka yang sentiasa berada di sisi saya. Alhamdullilah kekuatan yang ada saat ini sangatlah luar biasa. Tiada lagi air mata. Tada lagi rasa menyalahkan diri sendiri.
"Justeru, sedikit rasa sebagai seorang wanita, yang pernah menjadi isteri, rasa jiwa seorang ibu ingin saya kongsikan supaya dapat menjadi pengajaran but semua.
Wanita jangan beri ruang!
"Coretan ini saya kongsikan supaya wanita-wanita di luar sana agar lebih waspada dengan sesiapa yang mungkin kita anggap sebagai kakak, adik, anak atau sahabat.
"Janganlah memberi ruang yang terlalu luas hingga mata kita menjadi kabur melihat drama yang akan diciptakan manusia seperti ini.
"Menjadi baik dan bersangka positif itu jelaslah perlu dalam limit yang sangat kita jaga kerana tak semua manusia akan memikirkan lumat jiwa manusia lain. Malah mereka tidak akan kisah mengisar halus emosi kita untuk meraih kemenangan dalam drama sebabak ini," tambahnya.
Fauziah dan ND Lala sah bercerai pada 8 Ogos lalu selepas 34 tahun mendirikan rumah tangga.
Astro Awani
Tue Aug 22 2023
Fauziah Sarman (kanan) mendedahkan, wanita muda yang dinikahi bekas suaminya ND Lala pada 2019 merupakan seorang yang sebaya dan kawan baik anak sulungnya, Shila Amzah. - Gambar GEMPAK
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Ubai bukan ‘kaki pukul’ - Shila Amzah
Shila kesal perkongsian isu keganasan rumah tangga disalah erti.
Harga mikrofon pertama Shila Amzah sama seperti beli kereta Malaysia
Shila memberitahu itu buat pertama kali dia membeli mikrofon pertama selepas berpuluh tahun menapak di dalam industri seni.
Shila Amzah 'tempah' tiket ke final program Singing With Legends di China
Shila Amzah telah 'menempah' tiket ke final selepas bergelar juara mingguan pada program Singing With Legends di China.
Anak disahkan autisme Tahap 1: “Hati saya berdegup kencang, hanya Tuhan tahu”
Shila menyedari keadaan anaknya sejak awal lagi namun tidak mendapat sokongan dan terpaksa melaluinya seorang diri.
Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355
'Rhea dah terbelit tali pusat' - Shila Amzah cerita detik bersalin anak kedua
Menurut Shila, dia terpaksa memilih untuk bersalin secara pembedahan sekali lagi (caesarean) kerana bayinya terbelit tali pusat.
Shila Amzah, Ubai timang cahaya mata perempuan
Berita gembira itu dikongsikan Ubai yang juga pempengaruh media sosial, Ubai MZ menerusi akaun Instagram miliknya.
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
Dengar bunyi cakar dan pintu digegar, Shila Amzah kongsi pengalaman diganggu makhluk halus di Pulau Langkawi!
Penyanyi Shila Amzah berkongsi pengalaman diganggu makhluk halus ketika bercuti bersama-sama keluarganya di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.
Judika gegar pentas Axiata Arena hadapan 12,000 penonton
Rockmantic Night Judika And The Gang turut menampilkan Haqiem Rusli, Shila Amzah dan Marsha selaku penyanyi jemputan.