PENYANYI popular, Zayn Malik tidak menolak untuk melibatkan diri dalam bidang politik suatu hari nanti.

Atas tanda cintanya terhadap Amerika Syarikat sejak berhijrah dari United Kingdom, ia membuatkan dirinya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli politik.

"Jujurnya saya terkejut ketika mula-mula datang ke Amerika kerana bayangan saya tentang masyarakat negara ini jauh berbeza dengan apa yang ditonjolkan."

"Semua orang yang saya jumpa sangat ramah dan kehidupan di Amerika bukanlah seteruk yang disangkakan."

"Saya mula jatuh cinta dengan negara ini dan mengapa tidak kalau saya terlibat dalam politik suatu hari nanti," katanya seperti dilaporkan Daily Mail.


Zayn Malik bergerak sebagai penyanyi solo selepas meninggalkan One Direction pada tahun 2015. Teks: Noor Zulaikha Yusof