awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zayn Malik umum album solo pertama

Agensi
Agensi
29/01/2016
08:09 MYT
Zayn Malik umum album solo pertama
Single pertama dari album tersebut, Pillowtalk, telahpun dilancarkan kepada umum pada Khamis dan turut menjadi bualan dalam kalangan peminat - Foto AFP
Cukup setahun Zayn Malik, 23, meninggalkan kumpulan pop Britain popular, One Direction, kini beliau tampil dengan album solo pertamanya yang berjudul ‘Mind Of Mine’.
Turut mahu dikenali sebagai ‘Zayn’ sahaja selepas ini, album tersebut bakal menemui peminatnya pada 25 Mac ini.
Single pertama dari album tersebut, Pillowtalk telahpun dilancarkan kepada umum pada Khamis dan turut menjadi bualan dalam kalangan peminat apabila Zayn menampikan teman wanitanya, Gigi Hadid dalam kilp video Pillowtalk.
Album 'Mind Of Mine' dirakamkan sepenuhnya di Los Angeles dan diterbitkan oleh Malay.
Dalam satu temu bual di radio Apple’s Beat 1, Zayn akhirnya mendedahkan bahawa perbezaan genre adalah sebab utama mengapa beliau meninggalkan kumpulan One Direction.
“Saya sebenarnya tak mahu berada dalam kumpulan tersebut. Saya menyertai mereka kerana mungkin kerana peluang yang tiba.
“Tapi sebenarnya, segalanya tak kena dengan jiwa. Malah, muziknya (One Direction) bukan jiwa saya. Saya tak dapat berikan pendapat dan tak dapat ubah apa-apa,” kata Zayn kepada Zane Lowe dalam temu bual tersebut.
Pada November, kumpulan One Direction melancarkan album terbaharu 'Made in the A.M' tanpa Zayn.
Topic Berkaitan
#Mind of Mine
#One Direction
#Zayn Malik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan