awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zizan Razak cari jalan terbaik jika bekerjasama dengan Kamal Adli

Gempak
Gempak
16/11/2015
08:14 MYT
Zizan Razak cari jalan terbaik jika bekerjasama dengan Kamal Adli
Menurut Zizan, dia cuba mencari jalan yang terbaik sekiranya dia ditawarkan untuk bergandingan dengan Kamal Adli di masa hapadan. - Gambar Astro GEMPAK

Pelakon dan pelawak Zizan Razak mengambil keputusan untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai pengguguran Kamal Adli menerusi filem terbaru arahan Syafiq Yusof iaitu Abang Long Fadil 2.

Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, dia tidak bersedia untuk memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu ianya disalah tafsir sesetengah pihak.

“Saya rasa pihak produksi sudah menjawab mengenai perkara tersebut. Saya tidak boleh jawab apa-apa lah dan tidak boleh buka mulut pun sebab nanti dia jadi salah faham. Lebih baik saya diam sahaja,” jawab Zizan di majlis pelancaran filem Abang Long Fadil 2 di Restoran Haslam, Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun jelas Zizan, dia cuba mencari jalan yang terbaik sekiranya dia ditawarkan untuk bergandingan dengan Kamal Adli di masa hapadan.

“Saya tiada masalah. Kalau boleh saya cuba untuk cari jalan paling baik untuk keselesaan saya dan kedua-dua pihak sekiranya kami bergandingan.

“Maksud saya benda yang tidak menyusahkan kamu berdua,” jelas Zizan lagi.

Dalam pada itu, pengarah filem Abang Long Fadil 2, Syafiq Yusof menafikan dakwaan kononnya nama Kamal Adli digugurkan dan hanya mengekalkan Zizan sahaja.

“Jalan cerita untuk Abang Long Fadil 2 kali ini sangat berbeza dengan sebelum ini dan ianya turut bakal dibarisi pelakon-pelakon baharu.

“Saya menafikan kononnya kami telah mengugurkan Kamal Adli dan hanya mengekalkan Zizan sebagai pelakon utama,” jelas Syafiq Yusof.

Filem Abang Long Fadil 2 bakal dibarisi oleh Acey Bocey, Shuib Sepahtu, Tanis Hudson, Syamsul Yusof, Dato’ AC Mizal, A. Galak dan Wak Doyok dan Mas Khan.

Filem terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw ini bakal menjalani penggambaran bermula ada 15 November di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang, Putrajaya dan sekitar Lembah Klang. - Teks Oleh: Khalid Rahman

Topic Berkaitan
#Abang Long Fadil 2
#Astro Shaw
#Skop Productions
#Syafiq Yusof
#Zizan Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan