BENTONG: Sebanyak 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara telah mendaftar dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat hari ini, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
Mohd Uzir berkata jumlah itu merupakan kira-kira 80 peratus daripada 1.5 juta penjawat awam yang direkodkan malah pencapaian itu amat membanggakan dan beliau berterima kasih atas komitmen kakitangan kerajaan yang memberikan kerjasama yang baik.
"Tahniah yang telah bersama-sama dalam memastikan penjawat awam menjadi antara golongan di hadapan bantu pendaftaran PADU berjalan lancar...dan mana-mana yang belum mendaftar mungkin akibat kekangan tugas, kami akan cuba bantu mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama semasa turun padang memberi penerangan mengenai PADU kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Penjuring di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Pahang Razaman Ridzuan.
Media sebelum ini melaporkan, semua penjawat awam diminta mengemas kini maklumat dan data dalam sistem PADU dengan kadar segera, selewat-lewatnya pada 15 Feb.
Setakat semalam, jumlah individu yang telah mengemas kini maklumat di sistem PADU adalah 3.43 juta.
Mengulas mengenai penglibatan Orang Asli dalam mendaftar sistem PADU, Mohd Uzir berkata setakat ini lebih separuh daripada kira-kira 220,000 masyarakat itu telah mendaftar dan pihaknya berterima kasih atas kerjasama yang baik daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
"Pahang mempunyai paling banyak Orang Asli kira-kira lebih 80,000 orang, Terengganu pendaftaran mereka (Orang Asli) hampir selesai...Pahang bilangan banyak jadi kami jangka selesai dalam tempoh seminggu, dua lagi.
"DOSM akan teruskan untuk mendekati golongan ini, kerana bagi kami setiap orang penting berikutan pembangunan negara kita berbentuk inklusif dan pujian harus diberikan kepada masyarakat ini kerana mereka sering mengingati sesama sendiri untuk mengisi PADU," katanya.
Berbaki lebih 40 hari lagi untuk mendaftar sistem tersebut, Mohd Uzir sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya berbuat demikian bagi mengelakkan berlaku kesesakan sistem.
Sementara itu, di Pahang sebanyak 209 kaunter fizikal telah dibuka sehingga hari ini di beberapa lokasi antaranya di Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan serta masjid dan terkini lebih 184,822 individu telah direkodkan mengemas kini maklumat di sistem itu.
Selain itu, DOSM Pahang turut melaksanakan lebih 1,000 sesi turun padang bagi menyampaikan maklumat dan membantu penduduk mengemas kini maklumat menerusi sistem PADU.
Sistem PADU telah dilancarkan pada 2 Jan lepas dan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas boleh membuat pendaftaran dan kemas kini maklumat individu sehingga 31 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024
Setakat semalam, jumlah individu yang telah mengemas kini maklumat di sistem PADU adalah 3.43 juta.- Gambar fail/Bernama
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
Pendaftar PADU masih boleh hantar maklumat yang belum lengkap
Antara maklumat yang belum lengkap diisi ialah pengenalan diri (gagal pengesahan identiti).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 April 2024.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.
Orang ramai ambil peluang terakhir daftar, kemas kini PADU
Rata-rata penduduk yang ditemui memuji usaha kerajaan dalam memastikan rakyat dapat mendaftar PADU secara fizikal yang dapat menjimatkan masa serta memudahkan penduduk.
PADU ada data asas 30 juta rakyat Malaysia
Data itu hanyalah data asas yang dikumpul daripada pelbagai agensi sedangkan yang diperlukan sekarang adalah data dinamik.
Hari terakhir kemas kini data dalam PADU
Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan pendaftaran PADU dengan angka 1.45 juta orang disusuli Johor 1.02 juta dan Sarawak 0.89 juta.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.