10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 20, 2019 13:52 MYT
Ini 10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
DARI pelbagai berita yang disampaikan sepanjang hari ini (Jumaat, 20 September 2019), berikut adalah 10 berita yang menjadi pilihan pengikut Astro AWANI:
1) "Saya akan umum tarikh serah jawatan" - PM
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi kata-katanya akan memegang janji berkaitan penyerahan kuasa kepada pengganti beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2) Agungkan pengganas, tiada lagi kompromi! - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau kumpulan yang dikesan mengagung-agungkan pertubuhan pengganas dari luar negara.
3) "Azmin, Mukhriz pun boleh jadi Perdana Menteri"
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta tidak terlalu yakin untuk menjadi pengganti Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
4) Tentera Laut AS sahkan 3 klip video UFO tulen
video yang memaparkan sebuah objek misteri yang bergerak pantas merentasi udara disahkan tulen oleh pasukan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).
5) Ular gergasi dijumpai rentung dalam kebakaran hutan Indonesia
Kebakaran hutan di Indonesia bukan sahaja menyebabkan bahana kepada manusia, malah haiwan juga turut menerima tempias.
6) Projek ECRL tetap diteruskan - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tetap diteruskan buat masa ini biarpun terdapat dakwaan kononnya ia bertujuan untuk menyelamatkan 1MDB.
7) Sebanyak 13 premis makanan kotor diarah tutup
Sebanyak 13 buah premis menjual makanan di Ulu Yam, Rasa dan Batang Kali di daerah Hulu Selangor diarah tutup selepas Ops Premis Bersih Bersepadu Daerah Hulu Selangor pada Rabu lepas kerana beroperasi dalam keadaan kotor dengan kehadiran tikus dan lipas di premis berkenaan.
8) Panik apabila pesawat tiba-tiba menjunam 30,000 kaki
Bagi penumpang sebuah pesawat yang tiba-tiba terjunam ketika dalam penerbangan, 'saat-saat akhir' itu digunakan untuk menitipkan rasa kasih kepada orang tersayang selain berdoa memohon keampunan daripada Tuhan.
9) Pertelingkahan pemimpin PKR: Dr Siddiq Fadzil sesuai jadi orang tengah - Penganalisis
Individu yang mesra dengan parti PKR tetapi bukan orang politik merupakan kriteria dalam pelantikan orang tengah bagi memadamkan api pertelingkahan melibatkan kepimpinan tertinggi PKR.
10) Penyerang muda sensasi Lukman Hakim bakal beraksi di Eropah
Pemilik kelab England, Cardiff City, dan K.V. Kortrijk yang berpangkalan di Belgium, Tan Sri Vincent Tan, menyediakan peluang latihan kepada anak muda itu di dua kelab berkenaan.
#501 awani #Astro Awani #berita luar negara #berita pilihan #berita tempatan #Laman web #pembaca #pengikut astro awani