DARI pelbagai berita dalam negara dan antarabangsa yang disampaikan, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat tumpuan di Astro AWANI sepanjang hari ini (Sabtu, 28 September 2019).

1) Sultan Ismail Petra mangkat

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan jam 8.11 pagi Sabtu.

2) Agong zahir ucapan takziah atas kemangkatan Sultan Ismail Petra

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan seluruh kerabat Diraja Kelantan.

3) Tiada dana, pemenang pertandingan robotik dunia bawa makanan sendiri dari Malaysia

Cabaran itu meningkatkan motivasi diri sebelum Muslim Tamsir memutuskan untuk bersama anaknya bertanding di kejohanan ydi New Delhi, India.

4) Pencemaran bau di sumber air mentah, 204 kawasan di Selangor bakal hadapi masalah bekalan air

Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya, selepas berlaku insiden pencemaran bau dengan bacaan lima ton, di sumber air mentah Sungai Semenyih.

5) Legenda bola sepak negara, M. Chandran meninggal dunia

Pemain paling bernilai bagi Malaysia semasa era kegemilangan bola sepak negara pada tahun 60-an dan 70-an, meninggal dunia berikutan penyakit gangguan saraf motorik

6) Bil elektrik tentukan golongan subsidi RON95 - Laporan

Kerajaan bercadang menggunakan bil elektrik bagi menentukan golongan yang layak menerima subsidi petrol RON95.

7) Israel bebas langgar undang-undang kerana ada yang pertahan - Tun M

Krisis yang mendepani penduduk Palestin kekal menjadi fokus perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Sesi Ke-74.

8) Pembela Palestin perlu duduk semeja - Tun M

Kesatuan negara Islam serta pihak yang menentang kekejaman Israel terhadap Palestin perlu duduk bersama dan mencari strategi terbaik bagi memastikan rakyat Palestin dapat kembali ke tanah mereka.

9) Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC

Perkembangan itu menutup spekulasi sebelum ini bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal mengemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.

10) Pawagam haramkan topeng muka sempena tayangan 'Joker'

Langkah itu dipercayai ekoran kebimbangan pihak keluarga mangsa yang terlibat dalam kes tembakan rambang pada tahun 2012 sewaktu tayangan filem Batman, "The Dark Knight Rises" di Colorado.