ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 November 2019.

1) Penyanyi K-pop Goo Hara ditemui meninggal dunia

Portal berita antarabangsa melaporkan bintang berusia 28 tahun, yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Kara ditemui maut kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan.

2) Gagal di Subang, 'kereta terbang' bakal ke Maldives - Mohd Redzuan

Kenderaan super dron atau ‘kereta terbang’ UAS E-Hang 216 (EH216) dijangka melakukan penerbangan pertamanya di negara Maldives tidak lama lagi selepas gagal dipandu uji di Subang pada Khamis lalu.

3) Kabinet jangan lupa perjuangan Otai Reformis 1998 - Anwar

Semua pemimpin PKR yang berada di dalam Kabinet tidak harus melupakan jasa Otai Reformis 1998 yang berjuang sehingga berjaya menumbangkan kerajaan BN pada PRU14 lalu.

4) Pukul anak kerana makanan dibekalkan untuk jamuan tidak dijamah

Kejadian dipercayai berlaku petang Jumaat lepas, apabila mangsa yang merupakan anak bongsu suspek membawa pulang hidangan yang dibekalkan suspek untuk jamuan di sekolah.

5) Mohd Redzuan sedia digugurkan jika berlaku rombakan Kabinet

Ahli Parlimen Alor Gajah itu berkata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan perkara tersebut.

6) Dua ahli PKR Pahang dipecat, dipercayai terlibat rasuah

Dua ahli PKR dari Pahang dipecat berkuat kuasa serta-merta setelah dipercayai terlibat dengan kes rasuah dan suapan ketika pemilihan parti itu, pada tahun lepas.

7) Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-ROK: Tun Dr Mahathir tiba di Busan

Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-ROK 2019 berlangsung selama dua hari melibatkan pemimpin dari 10 negara ASEAN dan Korea Selatan.

8) Penutupan projek Lynas bukan manifesto Pakatan Harapan

Ahli Parlimen kerajaan perlu menghormati keputusan kerajaan untuk meneruskan projek terbabit serta mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa.

9) Sukan SEA seminggu lagi, sudah timbul pelbagai kontroversi

Filipina di bawah pentadbiran Presiden Duterte menumpukan segala usaha dan menyediakan belanja yang tinggi untuk menjayakan penganjuran Sukan SEA ke-30 ini. Namun, isu 'luar stadium' yang sudah menjadi buah mulut.

10) Ajal selepas dijilat anjing peliharaan

Lelaki berusia 63 tahun yang tidak dikenali itu dirawat selama dua minggu di hospital dengan mengalami jangkitan paru-paru, gangren dan demam sehingga 41 Celsius.