10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 28, 2019 15:40 MYT
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 28 November 2019.
1) Chin Peng: Dia bukan boleh buat apa, abu dia sahaja balik - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan isu abu mayat Chin Peng yang dibawa pulang ke Malaysia tidak perlu diperbesarkan mana-mana pihak terlibat.
2) Polis panggil kumpulan bawa masuk abu Chin Peng
Polis akan memanggil kumpulan yang terlibat dalam pengurusan membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng, kata Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Mansor.
3) Kuala Lumpur-Seoul jalin perkongsian strategik, meterai MoU
Kuala Lumpur-Seoul memeterai empat Memorandum Persefahaman (MoU) pada hari akhir lawatan kerja rasmi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke negara itu.
4) Kanak-kanak 11 tahun koma jatuh dari balkoni pangsapuri
Tindakan seorang kanak-kanak lelaki memanjat balkoni kerana mahu memasuki rumahnya di tingkat dua Kuarters Bomba Pangsapuri Setia Wira, Taman Perai Utama membawa padah apabila dia tergelincir dan jatuh.
5) Isu bendera Malaysia: Presiden MABA ambil cuti sukarela
Susulan insiden penularan satu klip video yang memaparkan bendera Malaysia yang tidak betul semasa upacara pembukaan Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak Bawah 15 di stadium Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (MABA).
6) Lapan rumah musnah dalam kebakaran, anggota bomba sesak nafas
Lapan buah rumah kampung termasuk sebuah bengkel kenderaan musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran berhampiran kawasan Taman Cemerlang, Jelutong, Pulau Pinang pada Khamis.
7) Putus badan dibaham buaya ketika sedang cari kangkung
Seorang lelaki maut dibaham buaya ketika sedang mencari kangkung di kawasan sebuah parit di Ladang Tanjung Payung, di sini.
8) Polis kenal pasti dua individu terlibat bawa pulang abu mayat Chin Peng
Polis telah mengenal pasti dua individu yang terlibat dalam urusan membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke Malaysia.
9) Malaysia, China mahu pertingkat kerjasama tangani jenayah siber
Malaysia dan China mahu mempertingkatkan kerjasama untuk menangani jenayah siber rentas sempadan yang semakin berleluasa dan membimbangkan.
10) Fakta atau terlepas cakap? Pemimpin masyarakat Indonesia desak Agnes Monica mohon maaf
Sejak beberapa hari ini kecoh di media sosial terutamanya di Indonesia mengenai penyanyi negara itu, Agnes Monica, yang kini berusaha membina nama di Amerika Syarikat.
#abu mayat #Anges Monica #Astro Awani #berita dalam negara #berita luar negara #berita pilihan #Chin Peng #MABA #Mahathir Mohamad #Memorandum Persefahaman #MoU