ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 23 Mei 2020.

PERKEMBANGAN ISU COVID-19

COVID-19: 53 kes pulih, 48 kes baharu dan tiada kematian

Terdapat 53 kes pulih dan discaj COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 5,912 kes atau 82.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

COVID-19: Satu lagi kluster baharu dikesan, 21 kes positif

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan satu lagi kluster baharu dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Semenyih, hari ini.

COVID-19: 35 pegawai kanan jalani kuarantin, semua disahkan negatif

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulllah berkata, kesemua mereka setakat ini disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan.

Jelas beliau, adalah menjadi keperluan bagi setiap penjawat awam untuk menjalani saringan COVID-19 sebelum menghadiri sebarang mesyuarat.

39 individu ditahan langgar SOP, 1,613 cuba rentas negeri

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 39 individu dan mereman 18 individu atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

COVID-19: Pakar sedang berlumba untuk hasilkan vaksin, namun ia tetap perlukan masa

Walaupun banyak syarikat anggota farmaseutikal di peringkat global telah terbabit dalam usaha membangunkan vaksin COVID-19, proses penghasilannya masih memerlukan masa untuk disiapkan, kerana setakat ini ia masih di peringkat awal.


NORMAL BAHARU

Buat semua bakal imam solat sunat Aidilfitri, ini panduan buat anda

Bagi memudahkan kaum lelaki yang bakal mengimamkan solat sunat Aidilfitri di rumah, Astro AWANI lampirkan panduan menunaikan solat sunat raya dan teks khutbah seperti yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Jumaat.

Trafik Lebuh Raya Plus berkurangan menjelang Aidilfitri

Ketua Kecemerlangan Operasi Plus, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, trend kemasukan kenderaan ke lebuh raya dilihat akan berkurangan bermula hari ini hingga esok berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP) dilaksanakan kerajaan khususnya larangan perjalanan rentas negeri.

Hari Raya di perantauan era COVID19

Pada kali ini, semestinya persiapan hari raya di Malaysia dan juga rakyat Malaysia di seluruh dunia sama ada di Tokyo, Jepun, Nottingham di United Kingdom; Sydney di Australia, Phnom Penh di Cambodia mahupun di Washington, DC, USA menjadikan sambutan amat berbeza pada hari raya kali ini berbanding pada tahun-tahun lalu.

Hari raya luar biasa, tidak putuskan silaturahim - Abang Johari

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam perutusan sempena Aidilfitri berkata sambutan hari raya tahun ini luar biasa.

Tegas beliau, walaupun tiada aktiviti ziarah-menziarahi, ia sama sekali tidak mematahkan silaturahim antara masyarakat majmuk di negeri ini.

COVID-19: Elak salam, cium ibu bapa di Hari Raya Aidilfitri

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah tersebut bagi memastikan jangkitan pandemik COVID-19 kepada kumpulan berisiko tinggi dapat dikekang.