awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 hingga 15 peratus bekas pesakit COVID-19 mempunyai simptom 'long COVID' - Khairy

Eton Khir
Eton Khir
25/02/2022
09:55 MYT
10 hingga 15 peratus bekas pesakit COVID-19 mempunyai simptom 'long COVID' - Khairy
Khairy (kanan) sewaktu Majlis Perasmian Kompleks Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan Projek Naik Taraf Bekalan Gas Perubatan (PKNN) Pusat Kawalan Kusta Negara di Hospital Sungai Buloh pada Jumaat. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PETALING JAYA: Dianggarkan kira-kira 10 hingga 15 peratus individu yang dijangkiti COVID-19 masih mempunyai simptom jangka panjang atau 'long COVID'.
Justeru, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, hospital telah diarahkan untuk meningkatkan usaha pemulihan 'long COVID' bagi menguruskan pesakit yang mengalami gejala pasca COVID-19 itu.
“Kita melihat kira-kira 10 hingga 15 peratus pesakit yang pernah mengalami COVID-19 mengalami simptom yang berpanjangan.
“Kementerian sudah mempunyai protokol untuk merawat 'long COVID', terutamanya melalui perkhidmatan penjagaan pemulihan kami, yang akan diperkukuhkan lagi," katanya pada sidang media selepas lawatan dan Majlis Perasmian Kompleks Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan Projek Naik Taraf Bekalan Gas Perubatan (PKNN) Pusat Kawalan Kusta Negara di Hospital Sungai Buloh pada Jumaat.
Turut hadir ketika majlis perasmian berkenaan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, Pengarah Bahagian Kejuruteraan (KKM), Tauran Zaidi Ahmad Zaidi dan Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Prem Singh.
Pada masa sama, Khairy berkata KKM akan terus memantau dan memberi rawatan kepada kes jangkitan COVID-19 yang berpanjangan khususnya yang melibatkan kategori risiko tinggi.
Topic Berkaitan
#Hospital Sungai Buloh
#KKM
#long COVID
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan