Kutipan tol secara elektronik akan dilaksanakan sepenuhnya di 10 plaza tol berkuat kuasa 13 Jan tahun hadapan, kata Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh.
Ismail berkata tiga plaza tol terlibat terletak di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) iaitu Plaza Tol Salak Selatan, Plaza Tol Putrajaya, dan Plaza Tol Seri Kembangan.
Turut terlibat Plaza Tol PJS2, Plaza Tol PJS5 dan Plaza Tol Pantai Dalam yang masing-masing terletak di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) selain Plaza Tol Batu 9 serta Plaza Tol Batu 11 di Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga).
"Dua lagi plaza tol adalah Plaza Tol Seri Muda dan Plaza Tol Alam Impian yang terletak di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya pengguna perlu menggunakan sama ada kad PLUSMILES, Touch ‘n Go atau SmartTAG untuk melakukan transaksi bayaran tol di plaza tol terlibat.
Katanya untuk memastikan operasi berjalan lancar pihak konsesi lebuh raya menyediakan lorong tambah nilai dan penjualan kad Touch ‘n Go yang beroperasi 24 jam selain turut menempatkan kakitangan untuk membantu jika berlaku masalah.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi hotline Pusat Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 atau mana-mana pusat khidmat pelanggan lebuh raya yang terlibat.
Bernama
Sat Nov 28 2015
Pengguna perlu menggunakan sama ada kad PLUSMILES, Touch n Go atau SmartTAG untuk melakukan transaksi bayaran tol di plaza tol terlibat. -Gambar fail
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
10 plaza tol laksana kutipan elektronik mulai 13 Jan - LLM
Pengguna perlu menggunakan sama ada kad PLUSMILES, Touch n Go atau SmartTAG untuk melakukan transaksi bayaran tol di plaza tol terlibat.
Konkrit 300 meter dipasang di kawasan banjir lumpur Lebuhraya KL-Karak
Anih Berhad akan membina penghadang konkrit sepanjang 300 meter di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang terjejas akibat banjir lumpur, pada Rabu lalu.
Lembaga lebuhraya nafi kadar tol naik Ogos ini
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menafikan artikel 'Kadar Tol Naik Ogos Ini?' yang dimuat naik dalam laman web Free Malaysia Today semalam.
LLM cadang kuatkuasa perintah larangan kenderaan berat pada cuti umum lain
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bercadang menguatkuasakan perintah larangan kepada kenderaan berat semasa cuti-cuti umum tertentu dalam usaha mencegah kemalangan di lebuh raya.
Penterjemah OKU angkat sumpah sebagai senator
K. Bathmavathi, 59, merupakan penulis dan penterjemah bebas yang dilantik sebagai Senator OKU yang kedua.