awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 sekolah terjejas akibat ribut akan segera diselenggara

Bernama
Bernama
13/04/2021
09:20 MYT
10 sekolah terjejas akibat ribut akan segera diselenggara
Bumbung Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan 1, Kuala Lumpur antara yang rosak akibat kejadian ribut pada petang semalam. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sepuluh sekolah di Parlimen Titiwangsa yang terjejas teruk akibat kejadian ribut semalam akan diselenggara dengan kadar segera.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun berkata, penyelenggaraan tersebut perlu disegerakan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung tidak terjejas.
"Saya telah berhubung dengan Menteri Kanan Pendidikan (Datuk Dr Radzi Jidin) semalam dan beliau telah mengarahkan supaya proses penyelenggaraan dan baik pulih disegerakan," katanya ketika meninjau keadaan sekolah-sekolah yang terlibat itu hari ini.
Dalam kejadian ribut lewat petang semalam, enam sekolah rendah dan empat sekolah menengah dalam Parlimen Titiwangsa rosak teruk apabila bumbung di beberapa bangunan yang melibatkan kelas dan makmal komputer diterbangkan angin kencang.
Sekolah menengah terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Maluri, SMK Datuk Lokman, SMK St Gabriel dan SMK Cochraine.
Sekolah rendah pula ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri Pandan 1, SK Puteri Pandan 2, SK St Gabriel, SK Taman Maluri, SK Cochrane Perkasa dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tsun Jin.
Sementara itu, Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, bahagian aset Kementerian Pendidikan telah ke sekolah-sekolah terlibat bagi menilai kerosakan untuk menentukan kos baik pulih dan penyelenggaraan sekolah-sekolah berkenaan.
Setakat ini, katanya beliau difahamkan tiada sebarang penangguhan sesi pembelajaran kerana murid-murid telah dipindahkan ke kelas khas mengikut prosedur operasi standard ditetapkan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ribut
#maluri
#PANDAN
#sekolah
#musnah
#kerosakan
#dihempap pokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan