Lebih 100 buah motosikal termasuk beberapa kereta ditahan dalam operasi samseng jalanan di sekitar bandaraya Johor Bahru.

Operasi dijalankan bermula 2 pagi itu turut menahan dua remaja perempuan berusia 14 tahun.

Ketua operasi, Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Kontijen Johor, Deputi Supritenden Roslan Ali memberitahu, majoriti penunggang motosikal yang terlibat ialah remaja berumur lingkungan 17 sehingga 25 tahun.

Mereka yang ditahan melakukan pelbagai kesalahan antaranya tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tidak memakai topi keledar dan mengubahsuai kenderaan.

Operasi yang diadakan setiap hujung minggu itu membabitkan 80 anggota dari pelbagai agensi penguatkuasa termasuk polis trafik, RELA dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam darat.