KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang memantau petunjuk prestasi utama (KPI) melibatkan sekurang-kurangnya 100 syarikat dan anak syarikat di bawah kementerian tersebut.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini sebanyak 23 daripadanya telah ditutup kerana tidak mempunyai daya upaya untuk beroperasi.
Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga tidak berkompromi untuk menukar kepimpinan syarikat atau agensi di bawah KKDW, jika prestasi syarikat merosot atau gagal mencapai KPI yang ditetapkan, tanpa asas yang kukuh.
“Tetapi 23 yang telah saya tutup dipanggil (sebagai) tidak ada daya untuk hidupkan semula atau meneruskan operasinya.
“Maka yang 100 baki itu saya pantau melalui beberapa pendekatan (termasuk) ‘joint venture’ untuk menghidupkan syarikat.
“Bulan Julai nanti apabila kita melakukan pemukiman semula, ketika itu akan menilai ptestasi setiap syarikat berdasarkan pendekatan yang akan dilakukan,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian selepas berucap pada Majlis Amanat Menteri Kepada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan Agensi KKDW hari ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapan tersebut antaranya menegaskan individu yang dilantik sebagai Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah atau Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat kerajaan agar tidak mengambil mudah tanggungjawab.
Jelas beliau, mereka yang dilantik mengemudi syarikat dan agensi di bawah KKWD merupakan kumpulan profesional dan tidak mewakili parti politik.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar syarikat- syarikat atau agensi melakukan Perancangan Strategik dan Penetapan Matlamat, dengan menjalankan analisis menyeluruh tentang operasi semasa syarikat, kedudukan pasaran serta mencari ruang baharu yang berpotensi untuk pertumbuhan.
Selain itu, katanya syarikat dan agensi terbabit perlu menjalankan pemantapan operasi termasuk mengurangkan kos yang tidak perlu dan maksimumkan produktiviti.
“Ketiga, membuat keputusan berasaskan data dan perkongsian pintar. Hapuskan pemikiran konvensional atau bekerja in silo dengan bekerjasama bagi melahirkan sebuah hasil yang mematuhi prinsip low cost – high impact.
“Pada masa sama, mengukur prestasi dan penambahbaikan berterusan dengan mewujudkan KPI untuk menjejaki kemajuan ke arah matlamat keuntungan,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama Ahmad Zahid menambah, syarikat atau agensi memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara dan mewujudkan peluang pekerjaan.
Hasimi Muhamad
Mon Feb 05 2024
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini sebanyak 23 daripadanya telah ditutup kerana tidak mempunyai daya upaya untuk beroperasi.- Foto Bernama
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Zahid arah penubuhan jawatankuasa pantau pelaksanaan 62 program KKDW
Penubuhan jawatankuasa itu akan dapat memastikan penganjurannya dilaksanakan dengan penuh etika, beramanah dan bertanggungjawab.
KKDW pantau KPI 100 syarikat, agensi - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) membuat pemantauan terhadap petunjuk prestasi utama (KPI) yang membabitkan 100 syarikat dan anak syarikat di bawah kementerian itu.
100 syarikat, agensi di bawah KKDW dipantau, akan tukar kepimpinan jika prestasi merosot - TPM
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sedang memantau petunjuk prestasi utama (KPI) melibatkan sekurang-kurangnya 100 syarikat dan anak syarikatnya.
KKDW tumpu usaha tingkatkan hasil jualan usahawan desa kategori piko
Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) pada tahun ini antara lain akan memfokus kepada usaha membantu usahawan desa kategori piko meningkatkan hasil jualan masing-masing.
Kerajaan peruntuk RM255 juta bantu pekebun kecil getah terjejas akibat musim tengkujuh
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM255 juta bagi membantu pekebun kecil getah di seluruh negara yang terkesan akibat musim tengkujuh.
[KOLUMNIS] Keusahawanan desa dan pasaran halal
Keusahawanan merupakan trategi yang sedang dijayakan oleh KKDW sebagai instrumen pengupayaan golongan kurang berkemampuan.
[KOLUMNIS] KKDW kekal komited rapatkan jurang pendapatan rakyat luar bandar
Naratif pembangunan seringkali berkait rapat dengan dikotomi untuk memenuhi keperluan dan kehendak pembangunan.
Tiada perbincangan tukar portfolio - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan bayangan bahawa beliau dijangka kekal di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diterajuinya kini.
TPM Ahmad Zahid mahu KKDW tingkat usaha noktah kemiskinan rakyat luar bandar
Ahmad Zahid gesa pastikan setiap perancangan dan program yang dilakukan mempunyai keberkesanan untuk kumpulan sasaran iaitu rakyat luar bandar.
Peruntukan RM750,000 bantu naik taraf infrastruktur Gua Sireh, Baling
Gua Sireh dicadang untuk dimajukan di bawah Projek Eko Pelancongan Warisan Alam dalam Program Desa Lestari Kampung Padang Che Mas.