awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10,000 pengunjung dijangka hadir Himpunan Madani Kedah Jumaat ini

Bernama
Bernama
26/04/2023
21:30 MYT
10,000 pengunjung dijangka hadir Himpunan Madani Kedah Jumaat ini
Zamri (dua, kanan) hadir pada sidang media di Alor Setar semalam, mengenai Himpunan MADANI Kedah di Dataran Stargate pada 28 April ini. --fotoBERNAMA
ALOR SETAR: Himpunan Madani Kedah 2023 yang dijadual berlangsung di Dataran Stargate di sini pada Jumaat ini dijangka dihadiri kira-kira 10,000 orang.
Pengarah Jawatankuasa Induk himpunan itu, Datuk Zamri Yusuf berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadual hadir dan dijangka menyampaikan ucapan pada program itu.
Zamri, yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkata, himpunan itu akan bermula pada 5 petang melibatkan sesi pidato wakil masyarakat termasuk belia dan mereka akan turut memberikan pandangan mengenai konsep Malaysia Madani.
"Objektif himpunan ini untuk kita terapkan masyarakat tentang konsep Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan," katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Zamri, yang juga ADUN Suka Menanti berkata, masyarakat yang hadir pada himpunan itu juga boleh berinteraksi dengan pemimpin sebelum dan selepas sesi pidato berlangsung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Himpunan Madani Kedah
#Zamri Yusuf
#Anwar Ibrahim
#Malaysia Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan