KUALA LUMPUR:Sebanyak 105 lagi kes baharu telah dikenal pasti dalam Kluster Utama hari ini, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ia menjadikan jumlah kes setakat ini adalah 132 kes iaitu 131 kes di negeri Selangor serta 1 kes di Melaka.
Kes melibatkan 107 bukan warganegara dan 25 warganegara Malaysia.
"Kes indeks bagi kluster ini (iaitu Kes ke-15023) adalah lelaki warganegara Nepal berumur 28 tahun yang merupakan pengawal keselamatan di sebuah pusat membeli-belah di daerah Petaling.
"Kes mula mengalami gejala demam, batuk dan selesema sejak 22 September 2020. Kes dikesan positif COVID-19 pada 8 Oktober 2020 melalui saringan kontak rapat dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan," katanya dalam sidang media mengenai COVID-19 pada Khamis.
Sebelum ini ujarnya, KKM mengesyaki kes ke12549 sebagai kes indeks, namun hasil siasatan lanjut mendapati gejala beliau bermula lebih lewat berbanding kes ke-15023.
132 kes positif COVID-19 yang telah dikesan dalam kluster ini melibatkan 87 pekerja keselamatan, 18 pekerja pembersihan, 16 pekerja di beberapa premis pusat membeli-belah tersebut, enam pengunjung dan lima ahli keluarga Kes ke-12549.
Sehingga 15 Oktober 2020, seramai 447 individu telah disaring, di mana 32 kes dikesan positif COVID-19.
269 individu lagi dikesan negatif dan 46 individu masih menunggu keputusan.
Sehubungan itu, pusat membeli-belah ini telah ditutup 11 sehingga 16 Oktober 2020 bagi proses nyah kuman dan pembersihan.
"Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif bagi kluster ini masih diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat. Status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh KKM," ujarnya.
BACA: 1 Utama nafi laporan 63 positif COVID-19 di premisnya
Astro Awani
Thu Oct 15 2020
105 lagi kes baharu telah dikenal pasti dalam Kluster Utama hari ini, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
105 lagi kes baharu dikenal pasti dalam Kluster Utama - Dr Noor Hisham
105 lagi kes baharu telah dikenal pasti dalam Kluster Utama hari ini, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.