awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 direman disyaki terlibat kegiatan ah long di Negeri Sembilan

Sinar Harian
Sinar Harian
29/05/2023
08:50 MYT
11 direman disyaki terlibat kegiatan ah long di Negeri Sembilan
11 individu termasuk dua wanita direman bagi membantu siasatan selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan ah long di Negeri Sembilan. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seramai 11 individu termasuk dua wanita direman bagi membantu siasatan selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan ah long di Negeri Sembilan.
Kesemua individu berusia antara 19 hingga 60 tahun itu kini direman sehari pada Isnin manakala seorang daripada mereka direman tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pemberi pinjaman wang tanpa lesen.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Seremban, Yusna Khadijah Md Yusop selepas membenarkan permohonan reman dibuat oleh Inspektor Nur Fatin Amira Mohamad Yusof pada Isnin.
Menurut sumber, kesemua mereka ditahan secara berasingan di sekitar Negeri Sembilan, Johor dan Kedah dalam 'Ops Vulture' pada Ahad.
Katanya, mereka terdiri daripada eksekutif akaun, pembantu operasi, pekerja am, pembantu kebun dan bekerja sendiri.
Sementara itu Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penahanan reman kesemua individu terbabit. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ah Long
#Ops Vulture
#pinjaman tanpa lesen
#Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan