KUALA LUMPUR:Sebanyak 11 kes kematian baharu COVID-19 dilaporkan pada Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia sebanyak 494.

Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 3 Januari.

1)  1,704 kes baharu COVID-19, keseluruhan kini sebanyak 119,077 kes.

2)  11 kes kematian baharu, jumlah kumulatif kini 494 kes.

3) Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini 21,365 kes.

4) 124 kes sedang dirawat di ICU, 51 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5) KKM melaporkan pertambahan sembilan lagi kluster baharu.

BACA: COVID-19: Sembilan lagi kluster baharu disahkan, ini perinciannya...