ALOR SETAR: 11 lokaliti di daerah Kota Setar dikenal pasti Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah tempat pembiakan nyamuk Culex Tritaenioryhncus dan Culex Sitiens yang berpotensi menyebarkan virus Japanese Encephalitis (JE).
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Othman Warijo berkata penemuan itu adalah hasil kajian entomologi pencapaian aktiviti kawalan yang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar dan JKN Kedah sejak 25 November lalu sehingga Khamis (semalam) bagi mengekang penyebaran virus berkenaan.
“Menerusi pengesanan kes secara aktif (ACD) di sekitar kawasan terbabit, seramai 674 daripada 2,926 orang atau 23 peratus penduduk di kedua-dua lokaliti sudah disaring dan didapati tiada penduduk yang bergejala.
"Sehingga semalam hari kelapan wabak, kes JE kekal dua kes.
“Dalam usaha menghapuskan tempat pembiakan nyamuk, sebanyak 291 atau 70.6 peratus daripada premis dalam 400 meter radius dari rumah pesakit sudah diperiksa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dr Othman memaklumkan, semasa pemeriksaan, 14 bekas pembiakan nyamuk ditemui dan sebanyak 672 ml Abate 500E BTI digunakan untuk aktiviti 'larvasiding' (iaitu penggunaan secara berkala bahan untuk membunuh jentik-jentik).
Jelasnya, semburan ruang termal telah dilakukan pada 25 dan 26 November lalu membabitkan 412 premis iaitu 100 peratus.
Manakala semburan ruang ULV turut dilakukan pada 25 dan 27 November lalu membabitkan 912 premis.
Ahad lalu, JKN Kedah mengisytiharkan wabak JE di Kota Setar selepas mengesan dua kes pada November.
Dua kematian baharu yang dilaporkan di Kota Setar adalah pada 18 dan 25 November lalu iaitu di Jalan Pegawai dan Jalan Tanjung Bendahara, yang mana mangsa adalah golongan dewasa.
Mengulas lanjut, Dr Othman, berkata siasatan mendapati, tiada ladang penternakan khinzir berdaftar atau tidak berdaftar di sekitar lokaliti wabak.
Katanya, tinjauan menggunakan dron di sepanjang sungai berdekatan dengan lokaliti wabak juga tidak menemui sebarang lokasi berisiko kecuali kehadiran burung hijrah di kawasan bendang.
"Di samping itu, tiada aduan penduduk tentang kehadiran khinzir liar atau babi hutan di sekitar kedua-dua lokasi kediaman pesakit.
"Jabatan Perhilitan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan PKD Kota Setar juga sudah mengenalpasti lokasi untuk penangkapan burung hijrah bagi ujian PCR virus JE," ujarnya.
Dr Othman, berkata antara tindakan lain yang diambil pihaknya adalah mengedarkan risalah promosi kesihatan kepada semua penduduk yang tidak dapat ditemui dan hebahan pendidikan kesihatan menerusi kumpulan WhatsApp penduduk.
"Penduduk dinasihatkan segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami tanda demam, sakit kepala dan muntah.
"Untuk mencegah penularan penyakit JE, jabatan ini menyeru seluruh masyarakat di Kota Setar melaksanakan langkah-langkah pencegahan dengan mengelakkan gigitan nyamuk menggunakan repelan dan memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah apabila berada di luar rumah.
"Membuat semburan dalam rumah menggunakan semburan aerosol sekitar jam 10 malam bagi membunuh nyamuk dewasa selain membersihkan persekitaran serta mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk di kediaman dan premis masing-masing," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Dec 03 2021
Sehingga semalam hari kelapan wabak, kes JE kekal dua kes. - Gambar hiasan
AWANI Tonight: 24 May 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Sungai Bakap: PAS assemblyman dies aged 56
2. HAWANA 2024: Expediting media council to enhance journalistic practices
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Sungai Bakap: PAS assemblyman dies aged 56
2. HAWANA 2024: Expediting media council to enhance journalistic practices
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Accelerating AI growth in APAC
Astro AWANI Correspondent Farhana Sheikh explores the role of AI in transforming industries and the challenges for integrating the technology in the APAC region at the at Red Hat Summit in Denver, Colorado.
KT046 bawa 283 jemaah, kumpulan pertama tiba di Jeddah
Penerbangan pertama membawa KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat waktu Arab Saudi.
56 jemaah penerbangan dijadual semula tiba di Jeddah
Liputan haji 2024, lintas langsung dari Mekah bersama Editor dan Penerbit Astro AWANI berkongsi perkembangan terkini 56 jemaah haji KT43 yang penerbangan mereka dijadual semula, akan tiba di Jeddah Arab Saudi, pada Jumaat malam. Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman juga berkongsi mengenai cadangan Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengenai terminal khas untuk jemaah Umrah.
AWANI Ringkas: Skim harga maksimum musim perayaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kajian mengenai gaji minimum perlu dilakukan sekerap enam bulan sekali - MTUC
Kajian mengenai gaji minimum perlu dilakukan lebih kerap untuk pastinya ia sesuai dengan peningkatan kos sara hidup.
Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah Nor Zamri dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.
Fitnah menteri: Mahkamah Singapura perintah adik bekas PM Singapura bayar S$400,000
Mahkamah juga mengarahkan Lee Hsien Yang membayar S$51,000 sebagai kos kepada setiap menteri.
Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN
LHDN memaklumkan ia menunjukkan kemajuan terkini ke arah pelaksanaan mandatori e-Invois yang akan bermula pada 1 Ogos depan.
Pearly-Thinaah harap dapat teruskan rentak
Turun selaku pilihan kedua kejohanan, mereka hanya memerlukan 31 minit untuk menumpaskan Setyana Mapasa-Angela Yu dari Australia.
11 lokasi di Kota Setar dikenal pasti tempat pembiakan virus JE
Seramai 674 daripada 2,926 orang atau 23 peratus penduduk di kedua-dua lokaliti sudah disaring.
3 kematian, jangkitan JE di Kedah tidak membimbangkan - Exco
Kes jangkitan 'Japanese Encephalitis' (JE) di Kedah tidak membimbangkan walaupun mencatatkan tiga kematian sejak awal tahun ini, kata Exco Kesihatan Datuk Dr Mohd Hayati Othman.
Dua kes kematian akibat JE dikesan di Kedah
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengesan dua kematian akibat jangkitan Japanese Encephalitis (JE) di daerah Kota Setar.
Satu kes JE dikesan di Pontian
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pontian, Johor menerima laporan satu kes Japanese Encephalitis (JE) melibatkan seorang lelaki warga Bangladesh di daerah itu, pada Rabu, 24 Jun lepas.
Dua kanak-kanak mangsa JE dikesan di Pulau Pinang
Kedua-dua kanak-kanak itu menerima rawatan sejak Isnin lalu namun seorang daripadanya telah dibenarkan pulang.
Trivia: 5 wabak ini pernah mengancam nyawa rakyat Malaysia
Penularan wabak penyakit semestinya menakutkan populasi dunia. Lebih-lebih lagi jika ia muncul secara tiba-tiba dan tiada vaksin dapat mencegahnya.
Situasi JE di Sarawak dipantau rapi
Sebanyak lima kes dilaporkan di Sarawak bagi tempoh Januari sehingga 23 Jun lepas dan kesemua kes yang dilaporkan adalah kes sporadik.
Kementerian Kesihatan sahkan kes JE di Kota Samarahan
Laporan itu diterima pada Selasa dan Jabatan Kesihatan negeri telah diarahkan supaya bertindak bagi membendung penularan wabak tersebut.
Kanak-kanak kritikal sah dijangkiti virus JE
Budak lelaki terbabit masih di bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Kanak-kanak 6 tahun dipercayai dijangkiti virus JE
Seorang kanak-kanak berusia enam tahun dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), selepas dipercayai dijangkiti JE.