SEREMBAN: Sebelas daripada 18 pelajar tahfiz dari sebuah madrasah di Rembau dekat sini, cedera selepas van dinaiki terbabas gara-gara cuba mengelak seekor musang yang melintas di Kilometer 16 Jalan Seremban-Tampin, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu, seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun patah tangan kanan dan seorang lagi berusia 16 tahun cedera pada mulut, manakala sembilan yang lain cedera ringan.
Beliau berkata kedua-dua pelajar itu dirawat di zon kuning di Hospital Rembau dan selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.
"Pemandu van Muhammad Tamimi Md Suhot, 26, cedera ringan di jari kiri, manakala baki tujuh lagi pelajar tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kemalangan berlaku semasa mereka dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Tampin dan setibanya di lokasi kejadian, van dipandu Muhammad Tamimi dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Hazri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022
Dalam kejadian itu, seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun patah tangan kanan dan seorang lagi berusia 16 tahun cedera pada mulut, manakala sembilan yang lain cedera ringan. - Gambar/ PDRM
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
Imam tarawih dari Thailand jadi rebutan, dibayar lima angka
Sobri dimaklumkan ada pelajar-pelajar tahfiz dan pondok di sini menerima bayaran lumayan sehingga mencecah lima angka.
Wujudkan garis panduan jemputan pelajar tahfiz ke program luar - PITAS
PITAS bercadang bekerjasama dengan JAIS bagi mewujudkan garis panduan khusus untuk menguruskan jemputan pelajar tahfiz ke program luar.
Perlu lebih berhati-hati jaga sensitiviti agama dalam program hiburan - Mohd Nai'm
Katanya, walaupun program hiburan dibenarkan, sensitiviti agama, adab dan adat perlu dijaga demi memastikan kandungan yang bersesuaian.
Polis Serdang santuni 30 pelajar tahfiz sempena Ramadan, Aidilfitri
Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Darul Azhar terima pelbagai bentuk sumbangan, antaranya baju raya.
Pelajar tahfiz kongsi pengalaman jadi imam di kampung Orang Asli
Dua pelajar Tahfiz memperoleh pengalaman berbeza apabila terpilih menjadi imam di Kampung Orang Asli Sungai Gapes, Sahom, sepanjang bulan Ramadan kali ini.
Pengawal keselamatan, pelajar tahfiz mengaku tidak bersalah membunuh
Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan dan menyebabkan kematian.
Lelaki kurang siuman maut dipukul, pengawal keselamatan direman 7 hari
Mangsa sebelum itu dikatakan mengamuk sekitar Surau Pasar Kota Jembal yang terletak berhampiran ketika waktu solat zuhur sebelum pergi ke masjid berkenaan.
Lelaki kurang siuman maut dipukul, 12 pelajar tahfiz ditahan
Kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan mengamuk dan membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas
Mangsa dikatakan tergelincir ketika mahu mengambil bola yang terjatuh ke dalam tasik.
90 pelajar tahfiz berdepan detik cemas hadapi banjir
Seramai 90 pelajar tahfiz dan enam guru Madrasah Darul Bayan Pondok Pinang Merah berdepan detik cemas apabila madrasah mereka dinaiki air secara mendadak.