awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 sekolah di Sarawak ditutup akibat banjir

Astro Awani
Astro Awani
23/02/2016
06:02 MYT
11 sekolah di Sarawak ditutup akibat banjir
Sebanyak 11 buah sekolah di Sarawak telah ditutup akibat terjejas dengan banjir yang melanda beberapa daerah di negeri berkenaan setakat pagi Selasa. - Gambar fail
Sebanyak 11 buah sekolah di Sarawak telah ditutup akibat terjejas dengan banjir yang melanda beberapa daerah di negeri berkenaan setakat pagi Selasa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, lima buah lagi sekolah telah separa beroperasi selepas separuh daripada bilik-bilik kelas yang berada di sekolah berkenaan digunakan untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir dari kampung berhampiran dimana murid murid sekolah dan guru guru turut hadir ke sekolah bagi sesi pembelajaran seperti biasa.
Disamping itu juga, 10 buah sekolah lagi turut dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir. Sekolah-sekolah yang ditutup adalah SK buso, SK suba buan, SKJ (C) Chung Hua Siniawan masing masing di daerah Bau, Sk Bokah dan SK Selampit di daerah Lundu, SK St Teresa Serian, SK Mubok Berawan, SK Tebekang, SK Sebanban, SK Pridan masing masing di daerah Serian dan SK St Swithun di daerah Padawan.
Manakala sekolah yang separa beroperasi adalah SK Batu Kitang, SK Rantau Panjang, SK George, SK St Dunstan dan SKJ (C) Chung Hua Batu Kitang.
Antara sekolah yang dijadikan pusat pemindahan banjir adalah SMK Batu Kawa, SK George dan SK Sejijak masing masing di daerah Padawan, SK Siniawan dan SK Chung Hua Buso di daerah Bau dan SK Endap di Samarahan.
Manakala empat lagi yang dijadikan pusat pemindahan adalah SK Tanah Merah, SMK Tebekang, SK Tanah Putih dan SK Pangkalan Sorak di daerah Serian namun pusat pemindahan itu telah ditutup setakat ini.
Disamping itu , pihak jabatan bomba dan penyelamat Sarawak hari ini turut mengadakan program pasca banjir bersama pihak sekolah untuk membersihkan kawasan sekolah yang terjejas.
Topic Berkaitan
#Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan