awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

113 motosikal disita dalam Ops Khas Samseng Jalanan

Sinar Harian
Sinar Harian
10/12/2023
05:09 MYT
113 motosikal disita dalam Ops Khas Samseng Jalanan
Pegawai polis melakukan pemeriksaan pada motosikal yang dinaiki sekumpulan mat rempit.
BUKIT MERTAJAM: Tindakan sekumpulan mat rempit yang menjadikan kawasan Lebuh Raya Utara Selatan di Samagagah, Seberang Jaya di sini sebagai 'litar' untuk beradu kelajuan mengundang padah selepas mereka ditahan dalam Ops Khas Samseng Jalanan pada malam Sabtu.
Operasi bermula jam 12 tengah malam itu dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dengan kerjasama JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang serta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT).
Menerusi kenyataan di laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, sebanyak 113 motosikal disita dan 334 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.
"Operasi terbabit dijalankan bagi membendung kegiatan samseng jalanan yang membahayakan pengguna jalan raya serta mengganggu ketenteraman awam.
"JSPT Bukit Aman, JSPT IPK Pulau Pinang dan BSPTD IPD SPT tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti ini dan operasi secara giat akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan samseng jalanan diminta untuk menyalurkan kepada Bilik Gerakan IPD SPT di talian 04 530 6402.
https://www.sinarharian.com.my/article/638971/berita/semasa/113-motosikal-disita-dalam-ops-khas-samseng-jalanan
Topic Berkaitan
#operasi polis
#lumba haram
#pulau pinang
#Seberang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan