SIK:Pasukan Gerakan Am (PGU) Batalion 3 telah menahan 12 lelaki selepas didapati melakukan kegiatan pemburuan haram di kawasan Hutan Rizab Ulu Muda, Kedah pada Sabtu.
Hasil pemeriksaan, kesemua mereka mengaku terlibat dengan kegiatan tersebut termasuk menembak mati seekor pelanduk serta menyimpan seekor lagi yang masih hidup.
Pegawai Pemerintah Batalion 3 Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Superintenden Rosman Kasman berkata kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pemilikan sah ke atas hidupan liar.
“Ketika pemeriksaan terdapat kenderaan pacuan empat roda serta beberapa buah motosikal yang disorok di dalam hutan.
“Mereka membuat pengakuan menembak mati pelanduk serta menyimpan haiwan tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.
Serbuan yang disertai pihak Jabatan Perhilitan menerusi Op Khazanah itu telah merampas beberapa peralatan memburu antaranya dua laras senapang patah, 10 butir peluru, serta satu unit GPS.
Kesemua barang rampasan berkenaan dianggarkan berjumlah RM25,000.
Kes disiasat mengikut Seksyen 60 (1)(A) Akta 716 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Hilmi Malik
Sat Feb 13 2021
Antara barang rampasan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pemburuan haram. -PGA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Op Bersepadu Khazanah: Enam pemburu haram ditahan
Enam lelaki ditahan disyaki pemburu haram di Ladang Pongsoi Mukim Semantan, Lanchang, Pahang, Ahad lepas.
Polis serbu lombong haram NR-REE di Hulu Perak, tahan 31 individu
Polis mengesan aktiviti perlombongan haram unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Hutan Simpan Bintang Hijau, Hulu Perak.
PGA Sarawak rampas 11,700 telur penyu bernilai lebih RM100,000
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas 13 kotak mengandungi 11,700 biji telur penyu bernilai RM109,250 dan menahan dua lelaki tempatan.
12 ditahan terlibat pemburuan haram, simpan dua pelanduk
Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pemilikan sah ke atas hidupan liar.
Op Khazanah rampas tulang gajah, tanduk rusa, senjata api, peluru
Pegawai Memerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 Sandakan, Supt Toipi Lamat berkata, operasi berkenaan bermula 19 November lalu.
Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong
Seekor beruang matahari yang dipercayai dipelihara tanpa permit di sebuah rumah panjang pada Rabu, berjaya diselamatkan.
Nak tunjuk kuasa, berdendam dipercayai punca pos kawalan PGA diserang mercun
Serangan mercun terhadap pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar dipercayai adalah berunsurkan dendam yang didalangi sekumpulan warga Thailand.