awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Myanmar hapus perintah berkurung di Yangon menjelang pilihan raya
New York wajibkan amaran kesihatan mental pada platform media sosial
Surat terbuka Najib Razak buat rakyat Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 individu diberkas dalam serbuan berkaitan dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
04/11/2022
03:00 MYT
12 individu diberkas dalam serbuan berkaitan dadah
Polis turut merampas dadah disyaki jenis syabu, wang tunai selain tiga kereta pelbagai jenama dan sebuah motosikal hasil serbuan terbabit.
MUAR: Polis menahan 12 individu melibatkan 10 lelaki warga tempatan dan dua wanita warga asing hasil serbuan dan tangkapan di sekitar daerah Muar, Johor Bahru dan Kota Tinggi, 31 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Muar, Assisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, polis turut merampas dadah disyaki jenis syabu, wang tunai selain tiga kereta pelbagai jenama dan sebuah motosikal hasil serbuan terbabit.
“Jumlah rampasan dadah disyaki jenis syabu sebanyak 6658.86 gram, ganja (0.23 gram), pil eramin 5 (0.65 gram), wang tunai berjumlah RM590 dan AS$D30.
“Selain itu, polis turut merampas tiga kereta pelbagai jenama termasuk motosikal dalam serbuan berkenaan. Secara keseluruhannya, jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM251,286.00,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, permohonan reman akan dilakukan terhadap kesemua suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 398 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, Raiz Mukhliz mengharapkan agar orang ramai akan terus menyalurkan maklumat berhubung aktiviti pengedaran dadah ini kepada pihak polis.
“Masyarakat diharap untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah dalam usaha membanteras kegiatan ini,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Dadah
#Raiz Mukhliz Azman Aziz
#Syabu
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan