awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 kes baru Influenza A (H1N1) di STAR Ipoh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
18/04/2019
11:40 MYT
12 kes baru Influenza A (H1N1) di STAR Ipoh
Saringan kesihatan dijalankan ke atas murid-murid di STAR Ipoh. - Ihsan Jabatan Pendidikan Perak
Sebanyak 12 lagi kes baru Influenza A atau H1N1 dikesan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh setakat Khamis.
Ini menjadikan jumlah murid yang terjejas akibat gejala ini meningkat kepada 102.
Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Abdul Aziz Bari berkata daripada jumlah ini, tiga pelajar masih ditahan di hospital sementara 20 lagi dikuarantin.
Menurut beliau, pihak sekolah telah mengambil beberapa tindakan untuk mengurangkan risiko jangkitan, termasuk mengasingkan pelajar yang terjejas di pusat ko-kurikulum di sekolah serta membenarkan mereka pulang untuk pengasingan di rumah.
Di samping itu, kata Abdul Aziz, pihak sekolah juga membuat gotong-royong asrama seperti menjemur tilam, membuat saringan kesihatan ke atas semua pelajar serta membekalkan topeng muka kepada mereka.
Tambahnya, tindakan yang diambil pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pula termasuk membuat pemeriksaan harian, memberi ceramah tentang virus Influenza kepada pelajar serta memantau pusat pengasingan yang disediakan pihak sekolah.
Topic Berkaitan
#abdul aziz bari
#H1N1
#Influenza A
#Sekolah Tuanku Abdul Rahman
#STAR Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan