KUALA LUMPUR: Dua belas lelaki masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah merusuh menggunakan senjata di hadapan sebuah kondominium di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras awal bulan ini.
Mereka ialah Muhammad Farid Khalid, 35, Amir Aizuddin Alfarizan, 23, Muhammad Lum Chang Sing, 24, Mohammad Hakimi Mohd Hanafi, 27, Muhammad Firdaus Azizul Rahman, 26, Chan Weng Loon, 25, Khoo Ming Ru, 30, Wong Jia Jiet, 26, Tan Jin Aun, 26, Wong Zi Jing, 25, Kesavan, 19, dan Wan Yi Han, 28.
Majistret Illi Marisqa Khalizan turut memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.
Kesemua tertuduh yang bekerja sebagai penarik kereta, pemandu lori, jurujual dan mekanik membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, kesemua lelaki itu didakwa bersama-sama hadir (atau menyertai atau didapati berada) dalam rusuhan dan memiliki senjata api (sama ada amunisi, bahan letupan, benda melecur, benda yang boleh memudaratkan, kayu, bata atau apa-apa senjata) yang boleh digunakan sebagai senjata untuk menyerang.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah kondominium di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras pada 1.37 pagi, 2 Okt lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh namun peguam Hannan Ishak dan Tripatjit Singh, mewakili kesemua tertuduh memohon denda minimum atas alasan anak guam mereka telah insaf serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.
Sebelum ini media melaporkan polis menahan beberapa lelaki disyaki terlibat dalam pergaduhan dipercayai membabitkan dua kumpulan pekerja trak penunda kereta kerana berebut pelanggan di Kampung Malaysia Tambahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023
Kesemua tertuduh yang bekerja sebagai penarik kereta, pemandu lori, jurujual dan mekanik membayar denda tersebut. - Gambar hiasan
Penyakit mulut bakal diberi keutamaan, dimasukkan dalam agenda NCD global
Penyakit mulut bakal menjadi keutamaan dan dimasukkan ke dalam agenda penyakit tidak berjangkit (NCD) yang baharu pada Mesyuarat Peringkat Tertinggi Keempat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai NCD 2025.
Kita mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai -PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Pembangunan EV: Langkah ke hadapan cipta ekonomi lestari
Majlis Permeterain memorandum persefahaman, memorandum perjanjian serta surat niat, masing-masing antara SKS dan CRRC Corporation, serta Mara Liner dan SKS Coach Builders telah berlangsung baru baru ini.
AWANI Ringkas: Kuala Lumpur komited pupuk hubungan demi kemakmuran bersama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan terus komited pupuk hubungan dengan negara China
Kerajaan akan terus komited memupuk hubungan Malaysia-China demi kemakmuran rakyat dan masyarakat serantau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di platform X pada Jumaat berkata, beliau juga tidak sabar menunggu lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia semasa bagi meraikan ulangtahun yang ke-50 hubungan Malaysia-cChina.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di platform X pada Jumaat berkata, beliau juga tidak sabar menunggu lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia semasa bagi meraikan ulangtahun yang ke-50 hubungan Malaysia-cChina.
[INFOGRAFIK] Hubungan Diplomatik Malaysia-China
Berikut adalah info berkenaan dengan hubungan diplomatik Malaysia-China.
Zoo Melaka sasar 5,000 pengunjung sempena program MBLM esok
Zoo Melaka menyasarkan kemasukan kira-kira 5,000 pengunjung sempena pelaksanaan Program Melaka Bila Larut Malam (MBLM) bermula esok, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin
Malaysia-China komited terus kukuhkan hubungan diplomatik
Pertemuan itu sempena lawatan rasmi beliau yang pertama ke republik berkenaan bermula 22 Mei hingga esok.
Siri akan lebih bijak kawal aplikasi, lakukan pelbagai tugasan pada iOS 18
Sebagai contoh ia boleh diarahkan untuk memindahkan kedudukan fail, memadam emel dan melakukan kesimpulan untuk dokumen tertentu.
Penyakit mulut bakal diberi keutamaan, dimasukkan dalam agenda NCD global
Penyakit mulut bakal menjadi keutamaan dan dimasukkan ke dalam agenda penyakit tidak berjangkit (NCD) yang baharu.
Curi kabel TM, dua rakan didenda RM4,000
Kedua-duanya mengaku melakukan kesalahan itu di tepi Jalan 1, Taman Selayang Baru, Batu Caves di sini pada 4.45 pagi 1 Mei lepas.
Peniaga didenda RM8,000 sengaja daftar kelahiran anak lebih sekali
Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lepas.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
FGP Ventures didenda atas kesalahan tawar iRPS secara tidak sah - SSM
FGP Ventures Sdn Bhd, syarikat persendirian menurut syer, dikenakan hukuman denda sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lelaki 'kantoi' seludup ular sawa dalam seluar
Susulan tindakan itu, dia dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda AS$5,000 (RM23,887).
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.
Apple akan didenda AS$500 juta oleh EU kerana amalan anti persaingan
Kini menurut laporan Financial Times, EU akan mengenakan denda $500 juta ke atas Apple atas amalan anti persaingan mereka.
Bekas MP Kapar mengaku bersalah hantar mesej kurang sopan, bayar denda
Manikavasagam yang juga bekas Ketua PKR Cabang Kuala Selangor dituduh berkelakuan kurang sopan terhadap seorang individu dengan menghantar mesej kurang sopan.
Syarikat proses ayam didenda RM15,000 lepas efluen tidak dirawat ke longkang
Kesalahan itu dilakukan di premis yang beroperasi di Kulim pada jam 9.30 hingga 11 malam 4 April tahun lalu.