awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 masjid di DUN Sanglang, Simpang Empat dan Guar Sanji dibuka semula

Bernama
Bernama
23/08/2020
04:18 MYT
12 masjid di DUN Sanglang, Simpang Empat dan Guar Sanji dibuka semula
Imam Litar Masjid Al-Maghfirah, Kepala Batas Pauh, Sanglang, Muhammad Munir Zakaria (kiri), Bilal Muhammad Munir Zakaria dan Siak Ismail Ahmad (kanan) meninggalkan masjid selepas premis tersebut ditutup mulai 7 Ogos lalu. - Gambar fail BERNAMA
Dua belas buah masjid dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang, Simpang Empat dan Guar Sanji yang ditutup lebih dua minggu sejak 7 Ogos lepas, susulan penularan wabak COVID-19 di Perlis, dibuka semula hari ini.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pembukaan semula masjid berkenaan bagi membolehkan orang ramai kembali menunaikan solat berjemaah dan menjalankan aktiviti pengimarahan termasuk kuliah agama, mulai waktu solat Zohor.
"Adalah diingatkan kepada seluruh rakyat, agar sentiasa mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan kerana kita semua masih berada dalam suasana berjaga-jaga kerana wabak ini (COVID-19) masih lagi berada bersama kita," titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.
Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), bertitah meminta pihak pengurusan masjid sentiasa bersiap siaga dan membuat persiapan awal dalam menghadapi sebarang kemungkinan jika ada keperluan untuk menutup semula masjid.
Pada 7 Ogos lepas, MAIPs mengarahkan semua 12 buah masjid di tiga DUN berkenaan ditutup berikutan pertambahan kes baharu COVID-19 di Perlis.
BACA: TEMCO: Pekan Kuala Sanglang kini sunyi sepi
BACA: Perlis laksana TEMCO di Kuala Sanglang
Kerajaan juga telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) di dua kampung di Kuala Sanglang iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul bermula 10 Ogos hingga 31 Ogos.
Setakat semalam, terdapat sebanyak 9,257 jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara ini dan Perlis merekodkan 31 kes tanpa penambahan kes baharu sejak 16 Ogos.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#dibuka semula
#Islam
#kerajaan
#kes positif
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#Kuala Sanglang
#masjid
#Melayu
#operasi
#pandemik
#perintah kawalan pergerakan
#Perlis
#rakyat
#Sanglang
#SOP
#TEMCO
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan