awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Proses pengundian PRU Jepun bermula
Dua letupan kecil dalam operasi kebakaran tanah gambut di Muar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

121 insiden tanah runtuh sepanjang Monsun Timur Laut 2021/2022

Bernama
Bernama
29/12/2021
14:23 MYT
121 insiden tanah runtuh sepanjang Monsun Timur Laut 2021/2022
Sebanyak 121 insiden tanah runtuh dilaporkan berlaku di seluruh negara sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) 2021/2022, berdasarkan laporan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 121 insiden tanah runtuh dilaporkan berlaku di seluruh negara sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) 2021/2022, berdasarkan laporan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan JMG dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah dan sedang mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu.
"Pihak JMG dan JKR telah diminta untuk menyelaras pelaporan tanah runtuh supaya lebih menyeluruh dan turut melibatkan kawasan cerun di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, NADMA memaklumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diarah mengenal pasti kaedah penyelesaian terbaik bagi menempatkan penduduk yang perlu mengosongkan rumah sudah tidak selamat didiami berikutan tanah runtuh.
Sementara itu, susulan ramalan amaran hujan lebat berpanjangan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dilanjutkan hingga 3 Jan, kenyataan itu memaklumkan JPBN dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) diarah untuk meningkatkan kesiapsiagaan bagi memastikan operasi pengurusan bencana berjalan lancar.
Menurut NADMA, Polis Diraja Malaysia selaku komander Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) perlu menyelaras persediaan menghadapi banjir yang dijangka berlaku bersama semua agensi responder terlibat.
Berikutan banjir yang dilaporkan mula berlaku di Sipitang, Sabah, semua agensi responder di negeri berkenaan turut diarah bersiap siaga untuk bertindak dan membuka PKTK.
Penduduk terutama di kawasan dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa, selain boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa di laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook: PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#monsun timur laut
#MTL
#Jabatan Mineral dan Geosains
#JMG
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan