Sejumlah 13,096 saman dikeluarkan hanya dalam tempoh lima hari selepas pelaksanaan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) pada 15 April lepas.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata ia meliputi 11,556 saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan 1,540 saman kerana melanggar lampu isyarat merah bagi tempoh 15 hingga 20 April.
"Lebih 13,000 saman telah dikeluarkan dalam tempoh lima hari namun tiada mata demerit dikenakan kerana mata demerit hanya diberikan selepas kompaun dibayar dan akan dikenakan kepada pemandu kenderaan dan bukan pemilik kenderaan.
"Jumlah saman yang banyak ini menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia yang sukar untuk mengubah sikap semasa di jalan raya walaupun sistem ini telah dilaksanakan," katanya selepas Program IM4U anjuran Persatuan Suri & Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.
Sistem yang dilaksanakan bagi membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya hanya melibatkan kesalahan melibatkan had laju dan pelanggaran isyarat lampu merah.
Saripuddin berkata sebanyak 14 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah dipasang seluruh negara dan kementerian akan menambah lagi jumlah kamera selepas ini bagi memudahkan mengesan pengguna yang melakukan kesalahan jalan raya.
"Pengguna jalan raya perlu turut sama memberikan kerjasama dan sokongan bagi membolehkan jumlah kemalangan dan kematian menurun. Ini penting untuk keselamatan bersama pengguna jalan raya dan bukan semata-mata kerana mahu mengelak daripada dikenakan mata demerit," katanya.
Terdahulu, seramai 30 anak-anak yatim Rumah Baitul Ahmad menerima sumbangan berbentuk pakaian dan wang yang disampaikan oleh Penaung Puspanita Cawangan Kementerian Pengangkutan, Datin Sabariah Tukiman.
Program tersebut turut melibatkan kerjasama antara Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Skuad Muda 1 JPJ negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 22 2017
Sistem yang dilaksanakan bagi membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya hanya melibatkan kesalahan melibatkan had laju dan pelanggaran isyarat lampu merah. - Gambar hiasan
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
Suami sempat lindung isteri dan anak sebelum maut dihempap pokok
Tindakan suami menghulurkan tangan berjaya menyelamatkan isteri dan anak sebelum maut selepas kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok.
Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000
Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial telah dipenjara satu hari dan didenda RM4,000.
Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali
Penganut Hindu di negeri ini mengambil kesempatan cuti hujung minggu hari ini untuk melakukan persiapan akhir dengan membeli barangan keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali esok.
Polis kesan ‘Datuk’ kes penipuan lebih RM1 juta
Datuk palsu perdaya mangsa dengan tawaran perniagaan rakan kongsi yang tidak wujud.
Rasuah: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari
Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah.
Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan - Setiausaha Akhbar
Salahuddin kini menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Kerajaan Perpaduan akan pastikan nasib pesawah terbela, pendapatan meningkat - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan akan memastikan nasib pesawah padi terbela dengan meningkatkan pendapatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiga beranak melecur, kereta meletup dan terbakar
Tiga beranak melecur selepas kereta yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Alor Setar.