Bagi mengembalikan nostalgia Hari Raya Aidilfitri, 13 kampung yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat diterangi cahaya kira-kira 200 lampu pelita bersempena Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2019.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Komunikasi Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata pertandingan yang bermula 30 Mei sehingga 7 Jun itu menyaksikan setiap kampung yang terlibat membina replika atau monumen menggunakan lampu pelita mengikut kreativiti masing-masing.
"Setiap MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) yang terlibat dibekalkan dengan 200 pelita dan minyak tanah dan peserta perlu memilih kawasan atau tapak untuk memasang pelita raya tersebut berdasarkan kesesuaian.
"Proses penjurian akan dibuat sepanjang pertandingan berlangsung dan kampung yang paling kreatif dan menepati kriteria yang ditetapkan akan diumumkan sebagai pemenang," katanya selepas Majlis Pelancaran Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2019 di Kampung Gelugor di sini malam tadi.
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Alur Limbat berkata pemenang tempat pertama akan menerima wang tunai RM500, tempat kedua (RM300), tempat ketiga (RM200) dan tempat keempat (RM100).
Dalam pada itu, Ariffin berkata pihaknya bercadang untuk mengadakan pertandingan tersebut bagi peringkat antara daerah pada tahun hadapan.
Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2019 yang dianjurkan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu bagi peringkat kampung dalam kawasan DUN mula diperkenalkan pada 2009, melibatkan DUN Tepuh dan kemudian diadakan di kawasan lain.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2019
Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2019 yang dianjurkan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu. - Foto fail
AWANI Ringkas: Beras dibuang sebab telah rosak, tidak selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Letusan Gunung Ruang
Berikut adalah info berkenaan dengan letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penasihat Kehormat, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Rakyat di seluruh Colombia bergelut dengan catuan air apabila takungan di negara itu kering.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Ketua tentera Kenya maut dalam nahas helikopter
Ketua tentera Kenya, Francis Ogolla, meninggal dunia dalam nahas helikopter di bahagian barat negara itu pada Khamis.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Jangan panik berita palsu tsunami di Sulawesi - BASARNAS
Susulan amaran tsunami yang dikeluarkan Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia di Sulawesi akibat letusan Gunung Ruang.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Ruang udara Sulawesi merbahaya, buat penerbangan dan manusia
Penutupan lapangan terbang dan ruang udara bagi penerbangan komersial di Sulawesi dan kawasan terjejas adalah berpandukan kepada arahan pihak berkuasa Indonesia.
Justeru Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, menasihatkan orang ramai patuh kepada arahan, kerana abu volkano yang terlepas di udara adalah merbahaya, terutamanya hubungan secara terus kepada manusia.
Justeru Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, menasihatkan orang ramai patuh kepada arahan, kerana abu volkano yang terlepas di udara adalah merbahaya, terutamanya hubungan secara terus kepada manusia.
Polis tumpas sindiket bekal sistem rekod, kira wang kepada pusat panggilan
Polis menumpaskan sindiket membekalkan sistem rekod dan mengira wang kepada pusat panggilan bagi menjalankan penipuan dalam talian yang menumpukan kepada warga China.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Malaysia melahirkan kebimbangan dan kekecewaan susulan tindakan Amerika Syarikat menggunakan veto untuk menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) daripada mengiktiraf Palestin sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun seruan jelas oleh majoriti ahli PBB.
13 kampung di Alur Limbat diterangi cahaya pelita
Alur Limbat diterangi cahaya kira-kira 200 lampu pelita bersempena Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2019.