awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 pelatih lari dari PUSPEN Gambang berjaya ditahan

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
30/12/2019
11:45 MYT
13 pelatih lari dari PUSPEN Gambang berjaya ditahan
Astro AWANI sebelum ini melaporkan kehilangan pelatih berkenaan selepas disedari dua pengawai di pusat berkenaan ketika membuat pemeriksaan kira-kira jam 5.30 pagi. - Foto PDRM
Seramai 13 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Gambang di sini yang melarikan diri daripada pusat terbabit awal pagi hari ini berjaya ditahan semula kira-kira jam 4 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, seorang daripada pelatih dikesan ahli keluarganya pada 3 petang hari ini sebelum menghantarnya semula ke PUSPEN Gambang.
“Hasil siasatan dijalankan kemudian berjaya menemui 12 lagi pelatih sejam kemudian di kawasan semak berhampiran kilang di Batu 8, Jaya Gading, Kuantan.
“Semua mereka kemudian dibawa ke PUSPEN Gambang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan kehilangan pelatih berkenaan selepas disedari dua pengawai di pusat berkenaan ketika membuat pemeriksaan kira-kira jam 5.30 pagi.
BACA: 13 pelatih lari dari PUSPEN Gambang diburu polis
mereka dipercayai telah melarikan diri pada jam 2 pagi dan hanya disedari tiada pada jam 5.30 pagi setelah tidak hadir 'roll call' pagi. - Foto PDRM
mereka dipercayai telah melarikan diri pada jam 2 pagi dan hanya disedari tiada pada jam 5.30 pagi setelah tidak hadir 'roll call' pagi. - Foto PDRM
Hasil maklumat daripada pelatih yang tinggal, kesemua mereka dipercayai telah melarikan diri pada jam 2 pagi dan hanya disedari tiada pada jam 5.30 pagi setelah tidak hadir 'roll call' pagi.
Pelatih berkenaan adalah, Mohd Faiz Aizat Zulkifli, 23, Muhammad Shafiq Ikmal Abdullah, 22, Muhammad Hazuraidi Hashim, 24, Mohd Arif Asyraf Sudin, 23, Ahmad Asmani Rosdi, 21, Muhamad Shafiq Adha Ali, 23, Mohamad Sharizal Norizan, 25.
Selain itu, pelatih yang turut melarikan diri adalah, Muhammad Shahrul Nizam Pauzi, 21, Muhammad Zaharul Haffiz Mohd Harun, 24, Mohamad Aliff Norazlie, 23, Muhammad Ridzuan Abdullah, 23, Muhammad Amirul Shazwan Mohd Zain, 19, dan Muhammad Fathi Syahmi Zakaria, 20.
Topic Berkaitan
#Kuantan
#polis
#Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik
#PUSPEN
#PUSPEN Gambang
#siasatan
#tahanan lari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan