NATIONAL
13 terminologi gempa bumi yang perlu kita tahu

Gempa bumi merupakan gegaran bumi hasil pelepasan tenaga yang sangat cepat. Ia biasanya berlaku sepanjang sesar (retakan memanjang) dalam bumi sewaktu pembalikan elastik.
Menurut pakar geologi, Prof. Felix Tongkul, gegaran kuat seperti yang berlaku pada kelmarin akan terus berlaku, apabila tenaga yang tersimpan sudah melebihi kemampuan bumi untuk menyimpannya. Keadaan ini biasanya berlaku secara berkala.
Berikutan dengan gegaran kuat ini juga akan mengakibatkan gempa susulan, yang boleh berlaku selama dua hingga tiga minggu kerana kerak bumi sedang mengalami pengubahsuaian.
Setakat 11.00 pagi pada Ahad, sebanyak 44 gempa susulan yang telah berlaku sejak kejadian gempa bumi berukuran 6.0 magnitud di Ranau, Sabah pada 5 Jun.
Berikut adalah 13 terminologi gempa bumi yang perlu kita tahu :
Gempa Bumi
Gegaran bumi hasil pelepasan tenaga yang sangat cepat. Ia biasanya berlaku sepanjang sesar (retakan memanjang) dalam bumi sewaktu pembalikan elastik.
Tremor
Gegaran yang dirasai .
Depth (Kedalaman)
Kedalaman gempa bumi yang diukur dari permukaan bumi dalam unit kilometer.
Aftershocks
Satu siri gempa bumi bersaiz kecil atau sederhana yang terjadi susulan berlakunya gempa bumi besar di satu lokasi yang sama atau yang berhampiran. Ia berlaku semasa kerak bumi mengalami pengubahsuaian.
Intensity
Suatu nombor dalam huruf roman yang menunjukkan kekuatan gempa bumi yang berlaku dan memberi kesan di permukaan bumi, manusia dan juga struktur bangunan.
Gelombang ricih S (Sekunder)
Gelombang mampatan seismik yang bergerak turun dan naik.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami