awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

130 warga Bangladesh 'serbu' pejabat pos ambil pasport

Sinar Harian
Sinar Harian
14/09/2021
22:44 MYT
130 warga Bangladesh 'serbu' pejabat pos ambil pasport
Video tular sekumpulan warga asing berkumpul di hadapan Pejabat Pos Jalan Stesen, Klang tanpa mengikut SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal. -Sinar Harian
KLANG: Sekumpulan warga Bangladesh yang berkumpul di hadapan Pejabat Pos Jalan Stesen, di sini untuk mengambil pasport diperbaharui menimbulkan kekecohan apabila mereka gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli melalui kenyataan pada Selasa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengurus premis berkenaan sekitar jam 8.30 pagi memaklumkan sekumpulan warga asing berkumpul di hadapan bangunan terbabit.
Menurutnya, seramai sekitar 130 warga Bangladesh beratur di hadapan premis tersebut sejak awal pagi di premis itu berikutan kedutaan negara berkenaan melantik Pos Malaysia Klang sebagai ejen untuk mendapatkan pasport yang diperbaharui.
“Pihak polis dari pasukan pematuhan SOP Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan pergi ke lokasi kejadian dan keadaan berjaya dikawal. Pasukan berkenaan ditugaskan membantu mengawal di premis berkenaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.
Pasukan pematuhan SOP Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan hadir ke lokasi untuk meredakan keadaan yang tidak terkawal.
Tular menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook pada Selasa memaparkan sekumpulan warga Bangladesh yang berkumpul di hadapan premis berkenaan tanpa mematuhi SOP yang ditetapkan.
Video berdurasi 24 saat tersebut turut memaparkan seorang pekerja di pejabat pos terbabit yang meninggikan suara kepada kumpulan warga asing yang enggan mendengar arahan.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga Bangladesh
#Pejabat Pos Jalan Stesen
#ambil pasport diperbaharui
#Pos Malaysia Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan